10 Tips Mendidik Anak Menjadi Remaja Muslim Sejati.

 

Anak-anak adalah satu harta yang paling berharga. Di mana kita sebagai ibu bapa mampu membentuk mereka ini menjadi bagaimana yang ibu bapa mahukan. Jika mahukan anak yang soleh, bagaimana cara kita mendidiknya, begitu juga sebaliknya. Mereka ini umpama sehelai kain putih yang menanti ibu bapa untuk mencorakkannya.

Sebagai ibu bapa, kita pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Kalau boleh, kita mahukan dirinya menjadi seorang yang berguna pada diri sendiri dan ibu bapanya pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, kita juga mahu dirinya menjadi seorang Muslim yang berjaya.



Jadi bagaimana untuk mendidik mereka ke arah itu? Orang kata, “kalau kita kejar dunia, maka akan dapat dunia sahaja tetapi jika kita kejar akhirat maka kita akan dapat dunia akhirat.” Jadi bagaimana didikan untuk anak kita?

Orang Islam yang telah berkembang di Barat bertanya apakah beberapa perkara-perkara praktikal ibu bapa boleh lakukan untuk membantu remaja Muslim mengekalkan akhlak Islam mereka.



Merujuk kepada Samana Siddiqui, Ada 10 cara untuk ibu bapa mengekalkan remaja yang Muslim.

1) Mengurangkan Atau Mengubah Waktu Kerja Dan Bertukar Untuk Bersama Keluarga

Ia menjadi lebih baik jika ibu bapa banyak meluangkan masa bersama anak-anak daripada hanya mengutamakan kerja. Ibu bapa boleh memantau dan memupuk nilai Islam sebenar dalam diri anak mereka.

2) Baca Al-Quran, Memahami Maksudnya Selama Lima Minit Setiap Hari

Ibu bapa boleh mengajar anak mereka untuk membaca dan memahami al-Quran. Boleh dilakukan sebelum mereka pergi ke sekolah atau tadika untuk mereka membaca dan memahami al-Quran walaupun hanya 5 minit.

3) Menghadiri Halaqah Mingguan

Halaqah adalah satu majlis ilmu untuk menambahkan pengetahuan. Ibu bapa boleh membawa anak mereka untuk menghadiri halaqah pada hujung minggu untuk menambahkan pengetahuan anak mereka.

4) Ambil Minat Apa Yang Mereka Lakukan

Ibu bapa harus tunjukkan minat terhadap apa yang anak mereka lakukan seperti menghadiri sukan tahunan sekolah anak mereka dan memberi suntikan semangat untuk mereka. Ini akan menyebabkan mereka rasa dihargai.

Anak Cepat Membaca - Tadika Khalifah Budiman

5) Jangan Sekadar Menjadi Ibu Bapa Tetapi Menjadi Rakan Rapat Mereka

Menjadikan anak sebagai rakan rapat adalah seperti memberi mereka satu tanggungjawab dalam keluarga. Dengan cara ini remaja akan merasakan diri mereka sebahagian daripada keluarga dan diperlukan.



6) Membina Masjid Di Dalam Rumah

Jadikan satu bilik di dalam rumah sebagai ruang masjid. Kemudian, tanggunjawabkan kepada anak-anak untuk menjaga dan menghidupkan masjid/surau tersebut seperti bacaan Quran dan sebagainya.

7) Mewujudkan Perpustakaan Di Dalam Rumah

Lengkapkan rumah anda dengan perpustakaan Islam dan memperbanyakkan buku-buku berkaitan Islam. Ini akan memupuk nilai membaca dalam diri anak-anak.

8) Mengadakan Pertemuan Mingguan Dalam Keluarga

Tujuan adalah untuk mengetahui atau mengenal pasti masalah yang timbul dalam keluarga. Dan memberi jalan penyelesaian dan sebagainya. Anak-anak akan menceritakan masalah yang mereka hadapi apabila pertemuan mingguan keluarga ini dapat dilakukan.

9) Menghormati Remaja Anda

Menghormati remaja anda bermakna tidak melayan mereka seperti bayi tidak cekap, tetapi seperti yang matang dewasa, tidak memalukan dan menghina mereka. Libatkan mereka dalam aktiviti berguna dan mendapatkan pandangan mereka mengenai perkara penting.

10) Membawa Mereka Keluar Kepada Aktiviti Islam

Daripada membawa mereka ke restoran dan tempat-tempat yang tidak bermanfaat. Ada lebih baiknya membawa mereka melakukan aktiviti Islam seperti menghadiri majlis ilmu dan aktiviti yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,400 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen