“Emosi Isteri Mudah Terganggu Sekiranya Tinggal Dengan Ipar Duai Ketika Mengandung..” Ikuti Kisah Ini.

 

Disebabkan hormon dalam tubuh badan, wanita memang mudah beremosi terutamanya ketika hamil, apatah lagi apabila berpantang. Ramai suami yang terlepas pandang berkenaan dengan hal ini, dan mahukan isterinya duduk bersama ibu bapanya, malah dengan adik-beradiknya sekali. Ada sebab kenapa suami perlu sediakan rumah sendiri sebelum berkahwin lagi demi keselesaan isteri.

Terutamanya dalam penjagaan aurat isteri seperti perkongsian dari saudara Akhtar Syamir ini, atau dikenali sebagai bro ohsem…

********

Image may contain: one or more people and text

Betapa tertekannya seorang isteri apabila suaminya tidak memahami kenapa isterinya yang sedang mengandung tertekan dengan hidupnya semenjak lepas berkahwin lagi.

Isteri ini tiada masalah dengan suaminya, masalah utamanya ialah keadaan di rumah apabila mereka ini tinggal sekali bersama keluarga kakak kepada suaminya. Kita biasa dengar kan, 2 3 family dalam satu rumah? Kita juga biasa dengar yang ianya tidak digalakkan. Kenapa?

Kerana bila tinggal dengan keluarga ipar, akan ada anak buah. Tambahan pula, ada adik ipar yang lain tinggal sekali. Nampak seperti tiada masalah kan? Sebenarnya ada. Kerana anak kepada kakak iparnya seorang lelaki yang sudah habis SPM, seorang lagi lelaki tingkatan 4 dan adik iparnya juga seorang lelaki yang sudah bekerja.

Ape masalahnya tinggal dengan ipar ni? Masalah sangat. Masalah paling utamanya ialah AURAT. Adik ipar dan anak buah suaminya bukan mahram. Isteri ini perlu menjaga auratnya SETIAP MASA semasa berada di rumah. Keluar sahaja pintu bilik, isteri ini perlu berpakaian seperti mahu ke kedai.

Nampak macam mudah. Tetapi ianya menjadi satu perkara yang amat menyusahkan bila perlu dibuat setiap saat dan ketika tak kira nak pergi masak, basuh pinggan, basuh baju dan semua perkara asas yang lain.

Ianya umpama tinggal di penjara. Setiap gerak geri perlu dijaga. Bayangkan berada di tempat isteri ini yang berpeluh - peluh dengan tudung dan baju lengan panjang setiap kali berada di rumah. Ditambah dengan cuaca yang panas sekarang ini.

Akhirnya, si isteri akan menghabiskan banyak masa di dalam bilik sahaja. Tv pun tiada untuk aktiviti isteri apabila pulang dari kerja. Termenunglah isteri di bilik dengan permainan telefon zaman dahulu sambil mengira waktu suaminya pulang dari kerja untuk dijadikan teman bercakap. Takkan nak lepak di luar berbual - bual dengan ipar lelaki setiap masa pulak kan?

Si isteri telah berbuih meminta diusahakan tinggal di rumah sewa sendiri namun tidak diendahkan. Sehingga si isteri mengalah dan tidak lagi berminat untuk berharap dapat tinggal di rumah sendiri yang bukan seperti di dalam penjara.

Emosi dan hormon wanita mengandung ini amat tidak stabil. Suami wajib ambil berat. Perlu sangat utamakan emosi yang stabil buat isteri. Sepatutnya pada waktu ini, suami perlu memainkan peranan yang lebih dalam menjaga keperluan isteri tetapi sebaliknya yang terjadi. Isteri terus memendam rasa setiap hari.

Melayan suami dan adik beradik sendiri itu lain dan jauh berbeza dari melayan ipar dan anak buah kepada suami. Perkara seperti mengemas rumah dan dapur pasti menjadi masalah. Situasi di mana rumah dan dapur perlu dibersihkan disebab oleh orang lain pasti menjadi perkara yang perlu dihadapi setiap hari. Ini bakal menambahkan tekanan emosi buat si isteri terutamanya jika sedang hamil.

Bimbang ianya akan menjadi tidak baik, saya nasihatkan wanita ini supaya tidak berhenti menerangkan kenapa mereka perlu tinggal sendiri. Jika dibiarkan pasti akan menyumbang kepada depresi.

Ingatlah para suami. Menyediakan tempat tinggal sempurna adalah tanggungjawab suami dan tidak termasuk di dalam pemberian nafkah pun lagi. Ini adalah perkara asas. Jangan pandang rendah mengenai hal ini.

Dan janganlah pandang ringan bab AURAT isteri. Suami wajib jaga dan pelihara. Jangan diseksa isteri itu. Menjaga aurat ini bukanlah perkara yang mudah terutamanya apabila ia perlu dijaga setiap masa walaupun semasa di rumah.

Apa pendapat anda semua mengenai situasi ini? Boleh tak letakkan diri anda di tempat si isteri ini? Saya boleh dan saya faham kerana isteri saya pernah sedikit sebanyak melalui zaman ini hampir 2 tahun lamanya. Memang sangat mencabar.

Kepada keluarga mertua juga, janganlah ditahan - tahan anak yang sudah berkahwin, biarlah mereka hidup sendiri dan menjalani kehidupan keluarga baru mereka. Sudah sampai masanya mereka pula membina dan menulis serta melukis diari hidup mereka sendiri.

Jika ditahan, jangan pula bising bila menantu berkurung seharian di dalam bilik. Fahamilah situasi menantu. Jangan ditambah tekanan yang sedang mereka alami.

Semoga suami seperti ini sedar akan tekanan yang ditanggung isterinya. Kasihanilah isteri anda. Jagalah emosi mereka.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen