Mudah Sahaja Mahu Menjadi Isteri Yang Solehah, Yang Penting Jadi Qurratu ‘Ain Suami.

 

Menurut Islam, dalam membina perkahwinan yang barakah, isteri perlu menjadi Qurratu ‘Ain pada suami, baru senang nak jaga kehendak suami yang lain. Apabila isteri bijak menjaga kehendak-kehendak suami yang utama, dengan izin Allah segala masalah besar akan dirasa sebagai cabaran yang kecil dan mudah untuk diselesaikan. Suami pun tidak mengamuk macam harimau.

TETAPI, APAKAH QURRATU ‘AIN INI SEBENARNYA?

Qurratu ‘Ain dalam bahasa Arab bermaksud penyejuk mata dan pelega hati. Sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Furqan ayat 74…

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

Ayat di atas telah dijelaskan bahawa jodoh atau pasangan yang mampu membuat kita tenang adalah yang mendamaikan, sentiasa membuat kita gembira, sentiasa membuat kita suka padanya, sentiasa melindungi seolah-olah berada di dalam rumahku syurgaku.

UTAMAKAN SOLAT UNTUK MENDAPAT QURRATU ‘AIN.

Oleh itu, sebagai kaum wanita persiapkan diri dengan ilmu agama dalam menjadi penyegar mata suami, malah memberi suami ketenangan terutamanya dengan utamakan solat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat."(Riwayat Ahmad dan An-Nasaai)

KENAPA PERLU UTAMAKAN SOLAT?

Kerana dengan solat, hubungan kita dengan Allah SWT akan dijaga dan diperkukuhkan lagi, dimana ia akan mendorong hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita sama ada bersama ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, adik-beradik, ipar duai dan juga sahabat handai.

Maka, dalam hubungan rumah tangga, melalui solatlah isteri akan menjadi taat pada Allah SWT dan juga suaminya. Apabila diperbaiki hubungan dengan Allah SWT melalui solat, dengan izin Allah akan diperbaiki hubungan dengan manusia juga.

Sekiranya belum lagi kukuh solatnya, belum lagi kuat hubungan dengan pencipta-Nya, tidak hairan dirinya sukar untuk menjadi Qurratu ‘Ain suami, pelega hati suami malah ketenangan suami juga.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI QURRATU ‘AIN SUAMI?

1. Sentiasa teman suami makan disisi.

Nampak macam tak penting pada isteri, namun ia penting bagi suami. Kadang-kala suami akan menyatakan pada isteri untuk melakukan kerja rumah yang lain terdahulu, dan tidak mengapa sekiranya makan berseorangan. Akan tetapi hal sebegini mampu memberi impak yang besar pada rumah tangga.

2. Memberi, walaupun tidak diminta.

Suami ni kadang-kadang kasihan pada isteri, tidak mahu memenatkan isterinya sendiri. Ada sahaja perkara yang mahu dilakukan sendirian tanpa menyusahkan isterinya. Sebagai contoh, buatkan air minuman untuk suami. Nampak remeh, dan sering dipersoalkan. “Abang nak kopi?”, tak payah banyak tanya, buatkan sahaja. Pasti suami gembira.

3. Ambil tahu hobi suami.

Perkara ini juga sering dipandang remeh oleh ramai isteri kerana tidak minat dengan hobi suami, kerana ia lebih praktikal, fakta dan membosankan. Seperti bola, kereta, sukan, gajet, politik dan sebagainya.  Sebab itu ramai para suami akan berasa tidak puas hati apabila mula bercerita mengenai topik kegemarannya, isteri mula mengeluh. Bosan.

Namun, kadang-kala 3 perkara di atas akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Semakin meningkat umur, semakin banyak perubahan. Semakin lama duduk bersama, semakin banyak benda baru pada pasangan yang isteri tidak tahu. Jadi, sebagai isteri perlu sentiasa alert mengikut naluri hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,823 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen