Selepas Berkahwin, Suami Perlu Tahu Untuk Sentuh Hati Dan Emosi Isteri Dengan 5 Cara Ini.

 

Majoriti lelaki yang bergelar suami seolah-olah pening dengan kerenah isteri yang berubah setelah berkahwin. Ada yang mengatakan isteri sudah tidak menjaga penampilan selepas berkahwin, tidak kurang juga dengan isteri berubah menjadi lebih garang pula. Kenapa ini yang terjadi?

Ini terjadi kerana, suami kurang bermain dengan emosi isteri selepas berkahwin. Golongan lelaki hanya beranggapan, emosi isteri sama sahaja seperti di awal perkenalan, mahupun perkahwinan. Jadi, dalam memikat hati isteri, si suami perlu sentuh hati dan emosinya melalui 5 cara ini…

1. Bantu isteri di dapur.

Jika anak lelaki telah diajar daripada kecil untuk sentiasa membantu ibunya di dapur, tidak mustahil apabila sudah bergelar suami tangannya ringan sahaja untuk menolong isteri pula. Kelihatan banyak pinggan mangkuk, atau meja yang berselerak, tolong sahaja kemaskan.

Jangan berfikiran “Ini bukan kerja aku”

Padahal dalam perkahwinan, tiada siapa buat kerja berasingan, semuanya perlu dilakukan bersama-sama. Ingat!

2. Jangan berkata-kata kesat ketika marah.

Lelaki memang terkenal dengan egonya tersendiri, malah tidak dapat dicapai dek akal tingginya ego yang dimiliki. Dengan ego dalam diri, sudah pasti secara tidak langsung lelaki akan cuba untuk protect diri sendiri, dan nampak lebih dominan daripada isteri.

Suami jangan tunjuk ego dan dominan tak bertempat!

Ketika berlaku perbalahan, apabila terfikir untuk berkata-kata kasar, cepat-cepat jauhkan diri daripada isteri kerana kaum wanita memang sentiasa ingat setiap butir-butir kata daripada mulut suaminya. Silap anda sendiri sekiranya terlepas kata-kata kesat, kemudian isteri asyik mengungkit.

3. Jangan tanya “Awak penat ke?”

Apabila melihat isteri melakukan kerja tanpa henti, si suami akan berasa kasihan melihat isterinya lalu mengungkap kata-kata sebegini. Jika ini yang berlaku, majoriti para isteri akan menjawab “Saya tak penat”

Suami, Jangan tertipu!

Daripada asyik bertanya, tolong sahaja isteri tanpa banyak cakap kerana mereka sememangnya penat fizikal dan mental.

4. Jangan buat keputusan tanpa berbincang.

Ada sahaja segelintir suami yang gemar membuat keputusan tanpa berbincang dengan isterinya. Tahu-tahu sahaja, isteri mendapat info daripada orang lain pula. Di sini, sudah tentu akan berlaku perbalahan. Pantang si isteri apabila mengetahui suami membuat keputusan, tanpa pengetahuannya.

“Saya nak buat surprise..”

“Saya nak tengok dulu, jadi ke tak…”

Isteri pula akan menjawab: “Sekurang-kurangnya beritahu saya dulu, kalau saya tak berkenan..” dan bergaduh sehingga tiada penghujungnya.

Jadi, bincang sahaja apa jua kisah dengan isteri. Jangan membelakangkan mereka.

5. Jangan terus bagi solusi, tapi dengar dulu luahan hatinya.

Sudah menjadi kebiasaan, isteri memang suka meluahkan perasaan.

Lihat sahaja luahan di mana-mana sosial media tentang rumah tangga.

Lihat sahaja kandungan whatsapp yang panjang berjela untuk suaminya.

Maka, suami perlu dengar luahan isteri dahulu, supaya mereka ada mood untuk dengar solusi atau pendapat daripada suami pula.

Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,035 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen