6 Sebab Jadi Surirumah Adalah Pekerjaan Yang Paling Susah Di Dunia Namun Yang Paling Mulia.

 

Ini 6 sebab mengapa tugas ibu dan isteri yang menjadi surirumah amat mencabar.

1. Mereka ‘on-call’ 24 jam sehari.



Tugas ibu bermula sebaik saja mereka bangun tidur hinggalah mereka masuk tidur. Kerja rumah memang tak pernah habis. Bukan setakat itu, dalam waktu tidur sekalipun, mereka akan sentiasa ‘on-call’ dan perlu bersedia menghadapi sebarang keperluan anak dan suami. Mereka tiada cuti tahunan, cuti tanpa gaji, atau apa-apa cuti langsung. Malah, pergi bercuti dengan keluarga sebenarnya menjadikan mereka lebih letih dan seolah-olah kena pergi ‘outstation’. Apabila ada masa terluang, jarang sekali waktu ini digunakan untuk diri mereka sendiri. Bahkan, ia selalu dihabiskan dengan melakukan kerja-kerja rumah, bermain dengan anak, dan berehat sekadarnya sebelum menyambung tugasan lain.

2. Mereka tak dibayar gaji.

Apabila anda bekerja, setiap bulan anda tentu akan berasa gembira apabila tarikh gaji semakin hampir. Walaupun pekerjaan yang anda miliki bukanlah pekerjaan yang paling anda suka, gaji yang dimiliki akan memberi dorongan untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya. Secara tidak langsung, gaji bukan saja memberi sumber pendapatan, tetapi juga dorongan dari segi mental untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Tetapi, seorang surirumah hanya mengharapkan belas ihsan suami. Dalam kesibukan itu, ramai juga wanita yang gigih mencari pendapatan sampingan dan mengorbankan masa mereka yang serba suntuk.



3. Mereka dipandang serong oleh sesetengah masyarakat.

Kita kini hidup dalam generasi yang sentiasa meraih perhatian atas apapun pencapaian yang dilakukan. Apabila anda bergelar surirumah, mesti ada mulut-mulut yang akan membuat pelbagai andaian yang kurang tepat ke atas diri anda. Cuba kalau anda kata anda seorang peguam, jurutera, atau doktor – maka masyarakat pun menyanjung dan meletakkan anda di tempat yang tinggi. Namun, surirumah sukar diterima pandangannya walaupun oleh suami dan keluarga terdekat, hanya kerana mereka tidak memegang sebarang jawatan.

4. Mereka tiada kehidupan sosial.

Bercakap dengan anak-anak tidak sama seperti bercakap dengan seseorang dewasa. Inilah kehidupan sosial yang amat kurang dipenuhi apabila menjadi surirumah. Bukannya mudah melalui kehidupan yang tidak bersosial. Walaupun seseorang wanita itu bukanlah jenis seorang yang suka berbual atau peramah, percayalah bahawa mereka perlu bercakap dengan seseorang (dewasa) untuk mengekalkan kewarasan mereka!

5. Mereka mempunyai bos yang ‘pelik’.

Iaitu diri mereka sendiri. Bukan mudah menjadi bos kepada diri sendiri. Ada masanya anda tahu apa yang anda inginkan, tetapi kebanyakan masanya anda ‘terpaksa’ berlagak seperti tahu segalanya. Kadangkala, nak masak untuk makan malam pun boleh menyebabkan rasa stres kerana kekeringan idea dan ditambah pula dengan keletihan.



6. Mereka jarang dihargai.

Bayangkan kalau gaji anda ditahan 3 bulan, dapatkah anda berasa ‘senang’ walaupun anda tahu ia akan dibayar? Itulah yang dirasai oleh surirumah. Walaupun mereka melakukan sesuatu yang hanya dapat dibalas pada hari akhirat, namun tentu ada masanya mereka akan berasa sedih, keliru, cepat marah, dan bosan apabila orang dalam rumah tidak menghargai kewujudan mereka. Oleh itu, apa salahnya anda memberi pelukan kepada isteri, membantu melakukan kerja-kerja mudah, dan membawa mereka makan di luar sekali-sekala. Tentu tindakan ini sedikit sebanyak mengukir senyuman dalam wajah mereka.

Surirumah adalah tugas yang mulia.

Terbukti bahawa tugas ibu dan surirumah bukannya tanggungjawab yang ringan. Sungguhpun dianggap mengharapkan ihsan suami setiap bulan, namun terdapat pelbagai perkara yang perlu dikorbankan dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, penting untuk kita fahami bahawa tugas mereka ini bukanlah semudah yang disangka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 314,486 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen