Pakar Ini Kongsi 5 Fakta Mengenai Keju, Mari Ketahuinya.

 

Mengikut trend makanan yang sedang berlaku di Malaysia ini, hampir kesemua makanan akan dikejukan oleh peminat-peminat keju. Ada juga yang makanan tradisional juga turut dicampurkan keju agar rasanya lebih enak. Tetapi enak atau pelik, itu semua bergantung kepada pilihan individu.

Keju merupakan makanan yang popular di dunia terutamanya di negara-negara Eropah seperti Perancis, Itali dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, keju juga sudah lama dikenali sejak beribu tahun dahulu. Namun, apa yang membezakan antara zaman dahulu dengan sekarang adalah melalui cara pembuatannya.

Ramai yang tahu bahawa keju ini diperbuat daripada susu, namun rasanya penghasilan yang membezakan mereka ini. Bukan itu sahaja, ramai di antara kita ini kurang memahami perbezaan keju dan susu ini. Mari ikuti perkongsian dari Pakar Pemakanan Asri Badrul Hisham ini.



Semalam memenuhi undangan media Malaysia Hari Ini untuk bincang pasal “Khasiat #keju”. So here is the summary of my sharing, with some additional info that I was not able to share. Semoga bermanfaat!

1. Since keju ni dihasilkan daripada susu, apa beza khasiat antara susu dengan keju?



Beza keju dengan susu ialah:

i. Kebanyakan keju mempunyai karbohidrat yang sangat rendah kalau nak banding dengan susu. Lactose ialah karbohidrat utama dalam susu. Untuk hasilkan keju, acid/ enzyme akan diletakkan dalam susu. Pada condition yang sesuai, pejal (curd, yang lastly jadi keju) dan cecair (known as whey) akan tehasil daripada susu tadi. Kebanyakan lactose ada pada the liquid portion (whey) tadi, instead of pejal yang terhasil. Well, ada je some keju yang ada karbo, mostly those yang processed cheese (ada penambahan ingredient lain).

ii. Keju lebih rendah vitamin larut air (mostly vit. b) than susu. Since vitamin B ni larut dalam air, semasa nak hasillkan “curd”, most vitamin B tertinggal pada cecair yang diasingkan. Besides vitamin B, macam susu, keju ialah sumber vitamin A & D yang baik. Kenapa vitamin B kurang tapi A & D banyak? Sebabnya vitamin A & D ni dia larut lemak. Kebanyakan lemak ada pada “curd” semasa nak hasilkan keju.

iii. Kebanyakan keju lebih tinggi sodium berbanding susu. Sodium ni biasanya ada pada garam. Kenapa keju lagi tinggi? Salah 1 cara untuk kurangkan lagi cecair daripada “curd”, ialah dengan tambah garam padanya. Garam juga meningkatkan rasa pada keju.

2. Keju ada banyak jenis, ada beza tak khasiat antara satu sama lain?



Macam susu, keju padat dengan nutrient. Lebih keras keju tu, lagi padatla dia dengan nutrient yang sepatutnya. So dekat sini dah boleh nampak yang beza kelembapan (kekerasan keju) pon khasiat akan berlainan. Khasiat keju juga ditentukan dengan susu apa yang digunakan untuk buat certain keju. Kalau guna susu rendah lemak, rendah la lemak pada keju yang dihasilkan. Biasanya keju ni lemaknya setinggi proteinnya juga. Tapi berbeza dengan keju cottage, dia lebih rendah lemak! Apa-apa pun, keju terlalu banyak jenis. So rajin-rajin la baca label makanan + ingredientnya.

3. Keju ada kene mengena dengan sakit kepala?



Based on evidence memang tak ada. Cuma bagi yang ada hypertension, perlu jaga-jaga. Sebab macam yang aku kata kat atas tadi, most keju tinggi sodium. Makan berlebihan boleh naikkan tekanan darah and u may feel that headache symptoms too.

4. Penting perlu cari label “rendah lemak” untuk beli Keju? Kalau rendah lemak adakah yang lain akan rendah juga?

Sangat penting! Lagi-lagi Malaysia antara negara yang ada kadar obesiti yang tinggi. Selain tu, rendah lemak bagus untuk tak naikkan risiko sakit jantung bagi yang sihat & sesuai untuk pesakit jantung. Bila rendah lemak, vitamin A & D juga akan berkurang. Tapi dengan teknologi sekarang, vitamin ni boleh ditambah (fortification). Again, bacalah label makanan. Protein dengan karbo remains the same.

5. Macam mana dengan makanan yang tambah keju sekarang ni? Contohnya keropok lekor keju, kuey teow keju. Adakah khasiatnya masih boleh diterima?

Kalau tengok contoh makanan yang ditambah keju ni, mostly tinggi lemak. Dan keju mostly consist of air, protein & lemak. Lemak dalam keju ni tak kurang “hebatnya”. Dia sedikit tinggi daripada protein. So bila digabungkan secara berlebihan, of course jumlah lemaknya meningkat! Processed cheese spread/ sauce ni pulak 50% je keju sebenarnya.



6. Makan keju banyak-banyak boleh buat usus tersumbat/ dapat kanser. Betul ke?

i. Tiada bukti kajian untuk usus tersumbat.

ii. Tiada bukti kajian untuk keju meningkatkan risiko kanser.

iii. Lebih byk kajian diperlukan untuk susu dan produk tenusu meningkatkan risiko kanser.



7. Portion terbaik untuk orang sihat makan keju.

1-2 sajian sehari. Generally, 1 sajian = 2 slices @ 1/3 - 1/2 cup keju shredded.

Kesimpulannya, boleh je makan cheese. But eat right! Caranya:

i. TAK berlebihan & kerap. Ikut cadangan sajian harian.

ii. Pilih keju rendah lemak/ rendah sodium

iii. Kalau makanan yang ditambah keju, instead of letakkan byk2 (banjir), asingkan dan buat sebagai pencicah.

Selamat makan keju!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen