Jangan Padang Remeh Kalau Keluar Darah Haid Yang Berpanjang Berserta Ketulan, Wanita Ini Kongsi Kisah Darah Rendah & Fibroid.

 

Sesetengah wanita kadang kala merasakan period tidak teratur, atau mengalami darah rendah ini bukan satu perkara yang penting. Mungkin ada yang merasakan itu adalah satu kitaran biasa yang akan dilalui oleh mana-mana wanita.

Tapi kalau darah haid yang keluar lebih banyak dari biasa dan berserta ketulan, kemungkinan anda mempunyai fibroid. Segera untuk dapatkan rawatan doktor.

Berdasarkan satu perkongsian Puan Shaza Baharuddin, beliau mengalami darah haid yang banyak selama 5 bulan dan akhirnya beliau menjalani pembedahan membuang fibroid.



Apa kaitan HB rendah dengan fibroid? Ada kawan yang bertanya.

Alhamdulillah, hari ini hari ke 5 setelah menjalani pembedahan fibroid.

Macamana tahu ada fibroid, sakit tak? Tanya kawan ketika datang menziarahi.

Saya menggelengkan kepala.

Saya pun tak tahu saya ada fibroid sehinggalah ... (nanti saya ceritakan ikut turutan ya)

Apapun,
1. Fibroid adalah ketumbuhan dan boleh tumbuh tanpa disedari, ada sesetengahnya tidak mendatangkan simptom pun.

2. Kekerapannya terjadi adalah 1 daripada setiap 3 wanita!

3. Ianya boleh membesar dengan tiba-tiba dan kadangkala membesar perlahan-lahan sehingga bertahun-tahun.

4. Berlaku pada banyak tempat - samada dalam rahim, luar rahim, di antara lapisan rahim dan juga melekat pada rahim.

5. Boleh tumbuh 1 ketul ataupun melebihi 2,3 ketul.



Serba sedikit mengenai fibroid, boleh Google untuk pembacaan lanjut ya.

**********************

4 Februari 2019

- Pagi tu saya buat pemeriksaan asas di klinik dekat rumah. Ambil darah untuk pemeriksaan diabetes dan HB. Sedang berborak dengan doktor, jururawat datang memberikan keputusan ujian darah.

"Ehh, HB awak 5! Biar betul." ujar doktor bertugas. Dari duduk di kerusi dia berdiri dan duduk semula. Muka doktor nampak begitu terganggu.

" Awak tahukan kalau bacaan HB ni turun?" Doktor bertanya sambil membelek tapak tangan saya. Dia lantas bangun.

" Buka spek." Dia menyentuh mata dan menarik sedikit kelopak mata bawah.

" Pucat." Ujar doktor dan terus duduk menyandar. " Awak makan kerang? Hati? Bayam?"

Saya menganggukkan kepala.

"Saya risau ni." ujar doktor lagi.

Hati saya berdebar-debar. "Kenapa doktor? Jangan buat saya risau."

" Saya tak cakap awak ada sakit ni, tetapi bila HB rendah semua boleh ada kemungkinan, leukimia, kanser." Doktor terus merenung saya.

"Macam ni, saya bagi awak vitamin tambah darah, Iberet Folic Asid. Awak makan, dalam 2 minggu buat follow up lagi. Saya harap HB rendah ni sebab pemakanan awak." ujar doktor sambil menulis sesuatu di atas kad laporan.



Keluar dari klinik terus berderai airmata ni. Apatah lagi teringatkan kata-kata doktor.

Dalam tempoh tersebut saya makan pelbagai makanan tambah darah dalam menu harian. Sambil tu berdoa agar bacaan HB saya terus naik.

28 Februari 2019

Datang ke klinik untuk pemeriksaan susulan. Risau sudah tentu. Darah diambil. Saya berbual dengan doktor sambil menunggu hasil ujian.

Saya ceritakan pada doktor perjalanan haid saya yang tidak normal sejak 4,5 bulan kebelakangan ni. Hari ke 2 dan ke 3 period, darah haid saya banyak dan berketul-ketul. Sehinggakan perlu menukar pad dalam 5 ke 6 keping sehari. Period saya juga berpanjangan sehingga mencecah 10 hari.

"Itu sebabnya saya kekurangan darah kut doktor. Lagipun saya tengah period ni." ujar saya.

" Lepas ni kita scan perut." balas doktor setelah mendengar penerangan saya.
Jururawat menghulurkan sehelai kertas.

"Ehh, biar betul ni. Ujian ni tak betul, HB awak 5! Nurse, awak repeat semula ya." ujar doktor. " Mata awak nampak 'pinkish' ni, takkan rendah."

Doktor membaca hasil ujian yang dilakukan sekali lagi. " Masih rendah, HB awak 6. Macam nilah, kalau ikutkan awak ni kena warded untuk masuk darah. Saya kena refer awak ke hospital, awak nak ke hospital yang mana?"

Setelah memikirkan perlu mengambil anak dari sekolah saya dan suami memutuskan ke hospital swasta sahaja. Hendak ke hospital kerajaan mungkin tidak sempat.

Jam 3:30 petang

Saya diarahkan berjumpa Doktor Siti Mariam, pakat sakit puan.

Saya disambut dengan mesra.

" Awak ni bukan anemia, ceria dan cergas je masuk ke sini. Orang anemia ni nampak pucat, tak bermaya." ujar doktor sebagai mukadimah.

Saya pun ceritalah dari A to Z tentang HB rendah dan perjalanan period saya.

Saya berbaring di atas katil.

" Ohh, tengok ni fibroid awak. Ada 2,3 ketul melekat. Itulah sebabnya darah haid awak banyak dan berpanjangan."

" Macam ni, kita buat pembedahan buangkan fibroid. Lagipun ianya ni dah membesar macam pregnant 4 bulan. Period awak akan kembali normal lepas ni. Senang nak solat, puasa nanti."

" Kita buat pembedahan pada 13 Mac ini. Awak makan ubat Maltofar ini untuk tambah darah. Sebolehnya kita elakkan terima darah oranglain ya."



13 Mac 2019

Saya menjalani pembedahan fibroid. Selama ini saya ingatkan perubahan period saya itu disebabkan perubahan hormon. ( Ohh, memandai buat kesimpulan sendiri kan.)

Perut yang buncit selama ini pun saya sangkakan kerana kurang bersenam dan buat sit up. Kesimpulan sendiri lagikan.

Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat ya. Jangan pandang remeh bila HB rendah dan period yang tidak normal.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,087 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen