Suami Perlu Penuhi 4 Syarat Kewangan Ini Dahulu, Sebelum Berangan Nak Tambah Cawangan.

 

Bila bercakap bab poligami, bab kahwin lagi satu ini, pasti orang lelaki akan melonjak keriangan dan gembira. Mana tidaknya, ia seolah-olah menyokong mereka dengan menggalakan berpologami. Walaupun tahu bahawa poligami itu perlu berlaku adil, ramai sahaja lelaki di luar sana akan menyatakan mereka ini mampu berlaku adil antara isteri-isteri mereka ini kelak. Sedangkan ketika ini nak menyara isteri seorang pun hanya cukup-cukup makan sahaja.

Seorang suami yang ingin berpoligami perlu tahu bahawa nafkah seorang isteri bukan hanya sekadar nafkah batin sahaja, tetapi ia juga perlu ditambah dengan nafkah zahir, di mana anda perlu menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian dan keperluan hidup selagi seorang isteri itu tidak nusyuz.



Suami-suami perlu ingat, bahawa anda tidak boleh berangan untuk menambah isteri atau berpoligami selagi kewangan anda masih belum stabil. Kalau nak mempunyai kewangan yang kukuh pasti akan memakan tahun, jadi mari lihat sama anda mampu untuk menyediakan 4 perkara ini atau tidak.

1. Rumah.



Nak tambah lagi satu? Pastikan isteri pertama sudah mempunyai rumah sendiri untuk dia dan anak-anak menetap bersama. Pastikan ini bukan rumah sewa tetapi rumah milik isteri sendiri yang anda berikan kepadanya. Mengapa perlunya rumah buat isteri? Ini bagi memastikan kehidupan isteri pertama lebih terjamin, malah jika sesuatu buruk yang berlaku mereka sudah mempunyai tempat berlindung. Kadang kala malang tidak berbau.

2. Duit belanja atau nafkah.



Ini juga merupakan perkara yang penting, di mana anda sebagai seorang suami sememangnya perlu memberi nafkah kepada isteri anda walaupun isteri mempunyai pendapatannya yang tersendiri. Pastikan dahulu semua duit belanja dan nafkah mampu diberikan mengikut kadar yang sesuai. Jika tambah lagi seorang isteri, bermakna tanggungjawab juga akan semakin bertambah. Maka pastikan anda jangan culas untuk memberi nafkah kepada isteri-isteri anda dan jangan memberi alasan tanggungjawab bertambah menyebabkan anda tidak mahu memberi nafkah. Kata adil tadikan.

3. Simpanan dan pelaburan.



Tujuan anda berkahwin pasti bukanlah untuk satu jangka masa yang pendek. Bahkan kalian pasti ingin berada dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu, pastikan anda mempunyai simpanan yang banyak serta pelaburan untuk hari tua penting bagi memastikan kehidupan jangka masa panjang lebih terjamin. Jika sudah mempunyai anak, pastikan juga pelan pendidikan anak-anak tidak terabai.

4. Pelindungan dan hibah.



Bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku seperti perebutan harta dan sebagainya, anda perlu mengurusan harta pusaka sebelum bercadang menambah cawangan baru. Perkara ini juga perlu diambil berat terutama melibatkan pembahagian harta mengikut faraid. Oleh itu, pastikan anda sudah membuat satu rancangan pengurusan harta pusaka bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Nampak mudah bukan untuk menguruskan perkara-perkara sebegini, tetapi apabila anda terpaksa melaluinya maka anda akan berdepan tanggungjawan yang besar. Bahkan ia akan membuat anda rasa terbeban. Jadi, fikir secara bijak. Jika anda mampu baru teruskan berangan anda itu.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,613 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen