“Anak Aku Dah Mula Kerja, Tapi Taknak Tanggung Aku Pula..” Antara Kesilapan Ibu Bapa Pada Masa Kini.

 

Para graduan zaman sekarang kelihatan sukar untuk mencari pekerjaan tetap dengan pendapatan yang selari dengan tahap pelajarannya. Dengan umur yang semakin meningkat pasti sukar untuk menyimpan sedikit wang, apatah lagi untuk melabur sekiranya duit pendapatan hanya cukup-cukup makan sahaja.

Menerima kerja pasti amat menggembirakan hati sendiri, bahkan ibu bapa juga. Namun sedemikian, majoriti ibu bapa akan mula menghembus nafas lega ketika anak mula bekerja, dan mahu terus berhenti kerja/pencen. Ini kerana ibu bapa beranggapan, anak-anak sudah bekerja memang wajib menanggung diri mereka yang sudah lanjut usia.

Situasi ini adalah antara kesilapan ibu bapa pada masa kini kerana, permulaan ketika bekerja bermaksud untuk memulakan kehidupan baru.

Memang benar anak-anak perlu sentiasa ingat kepada kedua ibu bapanya setelah bekerja, memberi sedikit duit dan sebagainya, namun anak bukanlah mesin duit.

Seperti kata pepatah dulu-dulu “Kau jangan ingat mak ayah ni cop duit..”

Untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan, kata-kata ini ibarat bahasa menyindir anak-anak, dimana ia adalah bahasa kesat yang bakal menjadikan anak sebagai anak biadap dan keras kepala.

Baca: Antara Kata-Kata Ibu Bapa Yang Menjadi Punca Anak-Anak Degil Dan Keras Kepala.

Oleh itu, jom ketahui antara kesilapan ibu bapa pada masa kini yang sering terlepas pandang..

1. Sentiasa mengharap duit gaji anak.

  • Ada sebab mengapa kita perlu bekerja keras sejak dari usia muda dimana ketika tenaga masih banyak sehingga termampu.
  • Ada sebab juga mengapa perlu pilih untuk kerja kerajaan atau swasta kerana ia akan sedikit sebanyak memberi impak yang besar ketika kita sedang lanjut usia.
  • Ada sebab perlu memilih syarikat yang ada potongan KWSP juga.
  • Dan ada sebab juga mengapa kita perlu mengambil perlindungan takaful.

Jika kita tiada antara point penting di atas, tidak mustahil apabila sudah lanjut usia terlalu mengharap duit gaji anak-anak, sehingga membuat anak-anak terbeban ketika mahu memulakan pekerjaan baru, dan membina kehidupan.

Situasi ini kadang-kala akan menjadikan anak-anak tertekan, dan tidak mengendahkan orang tuanya.

2. Merancang kehidupannya dengan duit gaji anak tanpa perbincangan seperti...

  • Mahu membeli kereta baru.
  • Mahu membeli rumah baru.
  • Mahu membeli tanah.

“Nanti abang dah dapat gaji, jangan lupa beli kereta baru, kami juga nak merasa naik kereta berjenama…”

“Kakak nanti siapkan dokumen nak beli rumah, kami tak sabar nak ada rumah sendiri, dah bosan duduk rumah sewa ni…”

Kadang-kala anak-anak ini berasa kesian dan serba salah dengan kedua ibu bapa nya, sudah tentu akan mengerah tenaga dan berusaha untuk mencari rezeki walaupun gaji tidak seberapa. Tidak kisah untuk makan Maggie setiap hari supaya ibu bapa bahagia dengan harta percariannya sendiri.

Anak mana yang mahu menolak permintaan ibu bapanya ini. Pasti akan diusahakan. Namun, akhirnya akan berlaku perbalahan kerana anak-anak akan terbeban dengan hutang yang tidak mampu dibayar.

3. Jadikan harta tersebut untuk riak dengan jiran tetangga.

Dan sebenarnya, sebab utama menyuruh anak-anak untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya hanya kerana mahu menunjuk-nunjuk pada jiran tetangga.

“Anak aku kerja pangkat besar, gaji besar, semua ni dia yang belikan, bertuah aku dapat anak macam ni…”

Kemudian, mula membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain yang masih tiada kerja, yang tidak mampu memberi duit setiap bulan, dan tidak mampu berkahwin dengan mewah.

Ibu bapa dan anak-anak perlu bertoleransi dalam membincangkan hal kewangan ini, jangan fikir untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

Jadilah Ibu Bapa Yang Ada Ilmu Parenting Dan Berfikiran Raisonal!

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen