Nak kahwin? 6 Sebab Utama Anda Perlu Bincang Dengan Pasangan Untuk Mengambil Perlindungan Takaful/Insurans.

 

Ada sahaja segelintir daripada kalangan kita masih takut untuk mengambil perlindungan takaful ini. Bermacam-macam alasan yang tercipta sehingga, semakin meningkat umur, masih tiada lagi insurans atau perlindungan takaful.

Malah ada juga beranggapan, tubuh badan masih muda dan sihat, tidak perlukan perlindungan takaful ini, dan boleh mempengaruhi minda pasangan (suami/isteri) untuk menangguh pengambilan ini.

Related image

Kenapa anda dan pasangan perlu berbincang untuk mengambil perlindungan takaful/insurans ini? Jom lihat 6 sebab ini....

1. Semua orang akan berhadapan dengan risiko.

Berpijaklah pada alam realiti, kita semua akan berhadapan dengan 3 situasi ini iaitu:

  • Risiko kematian.
  • Kelumpuhan.
  • Penyakit kronik (3D: Death, Disability & Diseases).

Semua situasi di atas adalah pada keadaan yang kita tidak akan jangka, sama ada dalan jangka masa panjang atau pendek. Sekiranya anda memiliki perlindungan takaful, anda akan..

  • Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak-anak.
  • Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas.
  • Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan.

2. Malang tidak berbau.

Konsep takaful adalah ‘Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara’ dan juga ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’ kerana syarat utamanya adalah untuk melindungi kita sebelum kejadian itu berlaku.

Seandainya kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini tidak dilindungi lagi. Maksudnya, segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi.

Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan insurans/takaful semasa sihat (sebelum sakit).

3. Melindungi harta/aset.

Dengan pengambolan perlindungan takaful, dapat menjaga harta atau aset anda, seperti:

  • Rumah.
  • Kereta.

Kenapa? Ini kerana insurans/takaful ini akan melindungi harta-harta tadi jika berlaku musibah atau sesuatu perkara yang tidak diingini, contohnya kemalangan, kecurian dan kebakaran.

Insurans/takaful bukan sahaja penting untuk melindungi diri, tetapi juga harta bernilai yang kita ada.

4. Melindungi pelaburan.

Pelaburan untuk jangka masa yang panjang kebiasaannya akan mengalami sedikit kerugian, dan banyak caj yang perlu dibayar sekiranya masih tidak berpengalaman. Tetapi malangnya, ketika baru bermula melabur, kita berhadapan dengan sesuatu musibah yang tidak diingini.

Contohnya kemalangan atau ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Tambah malang lagi, walaupun mempunyai dana kecemasan tetapi masih tidak mencukupi, dan kita tidak mempunyai simpanan lain kecuali yang telah dilaburkan tadi. Jadi, secara terpaksa perlu mencairkan pelaburan tadi untuk menampung kos yang diperlukan.

Jika ini berlaku, bukan sahaja berdepan risiko kerugian kerana tempoh pelaburan yang belum matang, malah sedikit sebanyak boleh menjejaskan perjalanan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Situasi ini akan dapat dielakkan dengan perlindungan takaful.

5. Untuk wariskan harta, bukan hutang.

Dalam hal ini, begitu pentingnya untuk bekerja keras ketika usia masih muda lagi dalam mengumpul segala simpanan dan harta kerana tidak mahu meninggalkan hutang yang banyak pada anak-anak kelak. Fikir masa hadapan anda, wariskan harta kepada mereka, tetapi bukan hutang yang membebankan.

Oleh sebab itu, perlu adanya perlindungan takaful kerana masalah ini akan dapat diatasi dimana dengan perlindungan secukupnya, beberapa jumlah pampasan akan ditinggalkan kepada waris nanti cukup untuk menampung keperluan mereka dalam jangka masa yang panjang.

6. Untuk berjihad demi ekonomi Islam.

Sebelum wujudnya skim takaful yang patuh syariah, skim perlindungan banyak dikuasai oleh produk-produk insurans konvesional yang mempunyai unsur-unsur riba. Tetapi sekarang, banyak produk-produk takaful wujud untuk memberikan alternatif kepada umat Islam mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Malangnya, walaupun setelah beberapa tahun skim-skim takaful muncul, kadar langganannya masih lagi rendah jika dibandingkan dengan skim insurans konvesional walaupun di kalangan umat Islam sendiri.

Bahkan, ada segelintir umat Islam sendiri yang mempunyai pandangan skeptikal dan merendah-rendahkan produk-produk takaful. Bukan sahaja tidak menyokong, malahan diburuk-burukkan lagi dengan langsung tidak diberikan cadangan untuk penambahbaikan.

Jadi, di sinilah peranan sebagai orang Islam untuk menunjukkan sokongan kepada sistem ekonomi berteraskan Islam. Pilihlah takaful sebagai jihad untuk ekonomi Islam.

Jika masih ada melanggan skim insurans konvesional terutamanya untuk perlindungan kereta dan rumah, bertukarlah kepada takaful.

Jika nanti bercadang untuk mengambil perlindungan untuk diri dan keluarga, pilihlah produk-produk takaful.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,402 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen