“Menjadi Seorang 'Father' Itu Mudah, Namun Menjadi Seorang 'Daddy' Itu Pastinya Memerlukan Ramuan Berbeza” Kongsi Lelaki Ini.

 

Sering kali kita dengar bahawa anak-anak ini akan lebih rapat dengan ibu mereka berbanding ayah mereka. Itu lah sebab apabila menangis sahaja ibu yang mereka cari, apabila ingin mengadu atau apa sekali pun ibu dahulu yang dirinya cari. Kenapa tidak ayah?

Mungkin ada yang menyatakan bahawa ibu lebih bersifat penyayang manakala ayah nak luah kata sayang pun agak sukar, sebab itulah anak-anak lebih selesa untuk bermanja dan mengadu kepada ibu mereka.



Tapi ramai bapa-bapa yang tidak sedar bahawa, kasih sayang seorang bapa sebenarnya amat membantu dalam perkembangan tumbesaran anak-anak. Menurut perkongsian saudara Najmi Nawawi, seorang bapa tersangat mampu untuk mempengaruhi perkembangan kemahiran sosio-emosi, kognitif, bahasa dan motor anak-anak.



Sebab itu kita perlu usaha mencari 'masa' untuk melayan anak. Namun penting untuk kita ingat, bahawa nilai penglibatan kita terletak pada kualiti interaksi dan bukan jumlah masa yang diluangkan.

Kerana tiada gunanya jika kita luangkan masa untuk 'duduk' bersama anak-anak namun tidak memberi perhatian kepada mereka. Carilah masa berkualiti dengan anak-anak tanpa gangguan gajet dan tv. Rugilah jika kemampuan mempengaruhi perkembangan anak ini disia-siakan.

Dengan melakukan pelaburan masa untuk bersama anak, kita sebenarnya membantu untuk memastikan anak membesar menjadi individu yang mempunyai emosi dan keyakinan diri yang baik dan tidak mudah terjerumus dalam masalah, sama ada di rumah mahupun di sekolah.



Kebaikannya, para bapa yang sering luangkan masa untuk bermain dengan anak-anak semasa mereka bayi membolehkan anak mencapai IQ tinggi dan kebolehan bahasa serta kognitif yang lebih baik.

Bahkan, kesan positif ini akan berterusan bukan sekadar pada waktu anak-anak masih kecil sahaja. Ia terus akan menjadi sokongan (asas) emosi yang kuat yang akan terus menolak anak-anak untuk berjaya kehadapan.

Oleh itu, jangan malu untuk menjadi orang no 1 yang memberi respon kepada tangisan bayi. Kerana dengan ilmu, kita sedar bahawa kita perlu rebut setiap peluang untuk membina 'bonding' dengan anak-anak. Dukung dan peluklah seberapa kerap yang boleh.



p/s : Menjadi seorang 'father' itu mudah, namun menjadi seorang 'daddy' itu pastinya memerlukan ramuan berbeza. Benarlah kata manusia di planet bumi, bahawa hati seorang ayah itu ialah 'masterpiece of the nature' yang sangat istimewa buat yang benar-benar memahami.

Jadi untuk memastikan anak dapat membesar dengan baik serta sempurna maka ibu dan bapa perlu bijak untuk memainkan peranan yang tersendiri. Tidak boleh hanya membiarkan satu pihak sahaja yang memonopoli anak-anak. Ini kerana, kasih sayang antara ibu dan bapa yang dirasai oleh anak-anak akan membantu tumbesaran mereka dengan baik.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,608 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen