5 Bahan Paling Berkesan Untuk Menghalau Tikus Dari Rumah Anda.

 

Tikus sememangnya haiwan perosak yang tidak patut dibiarkan lama di dalam rumah anda. Apabila anda mengetahui bahawa terdapat sarang atau punca kedatangan tikus di dalam rumah anda, maka anda perlu segera menghalau haiwan perosak ini.

Ia bukan sahaja mampu merosakkan pakaian dan juga perabot di rumah anda tetapi ia juga menyebarkan penyakit seperti kencing tikus kepada anda. Haa, bahaya ya tikus ini.



Bukan mudah untuk membasmi binatang ini, susulan umurnya yang lebih panjang serta kebolehannya membiak memang cukup tinggi. Jadi, tidak harianlah kalau anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak. Disebabkan itulah juga kita memerlukan langkah efektif supaya tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita.

Tetapi setelah cuba pelbagai perkara, tikus ini masih sahaja menguasi rumah tersebut dan anda juga hilang punca untuk menghalaunya dengan cara yang bagaimana.

1. Daun Pandan



Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing



Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu



Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint



Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)



Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Racun tikus.



Menggunakan racun tikus biasanya berkesan untuk membuat tikus yang bersarang itu mati satu persatu. Apa yang anda boleh lakukan adalah sebarkan racun tikus itu disekitar rumah anda. Namun begitu, racun ini akan menyebabkan tikus mati di tempat yang anda tidak menduga. Anda hanya akan menyedarinya apabila ia berbau busuk. Jika anda ingin menggunakan cara ini, pastikan anda memikirkan kesihatan anak-anak anda atau haiwan di rumah anda.

7. Perangkap tikus.



Antara cara lain adalah dengan menggunakan perangkap tikus. Anda boleh meletakkannya di kawasan yang selalu dilalui oleh tikus ini kemudian sentiasa memeriksa setiap pagi dan malam. Jangan lupa untuk mengumpan mereka dengan makanan yang lazat agar mereka tertarik untuk ke perangkap yang telah tersedia.

Keberkesanan langkah-langkah membasmi tikus-tikus tersebut sebenarnya bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitaran kediaman anda itu sendiri.

Selamat mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,200 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen