Lelaki Ini Kongsi Cara Elak Kebocoran Wang Dalam Setiap Simpanan.

 

Mengurus kewangan dengan bijak ini sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana, setiap hari kita sememangnya dikelilingan dengan penggunaan wang, melainkan kita hanya duduk di rumah sahaja. Tetapi itu pun jika tidak bermain dengan pembelian atas talian.

Setiap orang pastinya mahukan kewangan yang stabil malah mempunyai simpanan yang memuaskan hati. Walaupun kedengaran agak sukar untuk dicapai, tetapi ia tetap sahaja boleh dicapai jika anda mahu memulakannya. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri.



Berdasarkan perkongsian saudara Amir Syahir ini, sebelum anda nak membina simpanan dan mengumpulkan harta tu, anda perlu pastikan simpanan anda tiada ketirisan berlaku. Ikuti penerangan beliau.

Bagaimana keadaan kewangan kau pada tahun ini? Kau dah boleh membuat kaji kembali mengenai hala tuju kewangan kau untuk tahun ni.

Antara perkara yang kau orang boleh buat ialah;



1. Sediakan Bajet Bulanan

Pastikan ada rekod perbelanjaan. Duit keluar masuk tak tahu kemana? Macam mana kau nak uruskan wang banyak nanti? Tak semua orang suka buat rekod perbelanjaan, jadi mereka tak tahu wang mereka ke mana. Jika ada rekod perbelanjaan, kau boleh rancang wang kau untuk ke mana.



2. Bayar Hutang Setelah Dapat Gaji

Jangan bertangguh bayar hutang @ komitmen jika kau ada pembiayaan dengan pihak bank. Dapat gaji je terus bayar. Barulah kau sentiasa bayar hutang. CCRIS kau pun cun melecun.



3. Tabiat Menyimpan

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada gaji. Tak mampu juga? Cuba buat simpanan secara paksa. Buat potongan gaji ke Tabung Haji. Ataupun buat ASBF. Kalau kau nak tunggu naik gaji memang kesudah susah nak menyimpan.



4. Berbelanja Guna Tunai

Jika setiap bulan kau tak mampu bayar hutang kad kredit, tiba masanya kau berbelanja menggunakan wang tunai sahaja.



5.Hidup Di Bawah Kemampuan

Hidup lah secara bersederhana. Usah dilihat kemewahan mampu untuk buat kau bahagia. Jangan nak menunjuk-nunjuk ke kawan-kawan kau je.



6. Mulakan Melabur

Mulakan melabur ditempat yang kau yakini. Daripada simpan dalam bank je baik melabur kan. Dividen kau dapat sebenarnya dapat menolong kau menghadapi kenaikan kos hidup. Ada banyak antaranya ASB, Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera dan Unit Amanah yang diyakini.



7. Tangguhkan Kehendak

Pandai-pandailah kau kawal nafsu belanja kau.

Tangguhkan kehendak kau nak hidup bermewah-mewah kalau ada hutang sana-sini. Pakailah sampai rosak, gunalah sampai habis baru beli lain. Utamakan keperluan terlebih dahulu.

***

Kalau kau orang ada tips sendiri, boleh tambah bahagian komen. Biar buka sikit mata anak muda yang masih dalam jerat kemewahan.

Kalau perkara ini kau orang ambil mudah, tak mustahil kau akan hadapi masalah kewangan pada masa hadapan. Sekadar berpesan. Kah!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen