Gigi Mula Goyang, Alami Infeksi, Gara-Gara Memakai Fake Braces Demi Kejar 'Trend'.

 

Masalah penggunaan fake braces ini bukan satu isu yang baru lagi. Bermula dengan doktor yang tidak bertauliah hinggalah penggunaan braces yang murah sudah heboh diperkatakan sejak beberapa tahun ini. Namun begitu, masih ramai lagi yang memilih jalan ini hanya kerana mahu mengikut trend bahkan kerana mahu kelihatan lebih cantik lagi.

Bahaya dan kesihatan gigi tidak difikirkan melainkan memikirkan bahawa penggunaan fake braces ini lebih murah dan berpatutan, bukan hanya sahaja pemasangannya juga murah tidak menjejas ratusan ringgit. Pengguna yang memilih fake braces ini langsung tidak memikirkan kesan dan cara pemasangan yang salah sedangkan pemasangan braces ini perlu dilakukan oleh pakar.



Nak harga murah, nak kejar trend akhirnya gigi yang cantik dan rata menjadi korban. Tidak hanya itu sahaja, terpaksa mengeluarkan duit yang lebih banyak hanya ingin memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Penyesalan yang tiada kesudahan.

Mari kita lihat bahayanya fake braces ini terhadap penggunanya, serta cara mengenalpastinya.

Fake braces adalah pendakap gigi yang menyerupai pendakap gigi sebenar, namun tidak memainkan fungsi sebenar sebagai pendakap gigi.

Fake braces ini semakin menjadi-jadi terutamanya dikalangan remaja yang obses akan kecantikan dan mengikut “trend” dengan memilih jalan mudah tanpa menghiraukan bahaya yang bakal dihadapinya di kemudian hari.

Perbuatan ini akhirnya memakan diri sendiri kerana fake braces ini tidak dipasang oleh Doktor yang bertauliah.



Kesan daripada memakai fake braces ini boleh menyebabkan kerosakan yang serius contohnya;

i. keracunan atau alergik yang berpunca daripada getah dan metal pada braces itu.

ii. radang dan infeksi yang serius terhadap gusi dan komponen sokongan sekeliling gigi.

iii. kerosakan gigi dan perubahan warna gigi berpunca dari bahan pelekat digunakan untuk melekatkan braces.

iv. susunan gigi semakin bertambah teruk dan gigi mula goyang.



Tambahan pula, fake braces, peralatan, dan tempat pemasangannya tidak dinyahkumankan , jadi kebersihannya sangat meragukan.

Ciri-ciri biasa fake braces:

i. pemasangan bukan di klinik dan bukan dipasang oleh Doktor gigi yang bertauliah.

ii. boleh didapati dengan harga yang sangat murah dan mampu milik.

iii. Boleh dibeli secara “online” dan di salun kecantikan.

Akhir kata, pemakaian fake braces hanya mendatangkan mudarat dan membazir. Elakkan dari mengikut “trend” fake braces ini, dan jika anda sedang memakainya, segeralah berjumpa dengan Doktor Gigi di klinik pergigian yang berdekatan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen