Tegur Salah Anak Cakap Dengan Kata Yang Baik-Baik, Bukan Sebut Apa Salahnya.

 

Hendak menegur anak ini perlukan teknik yang bersesuaian, kalau kita main tegur sahaja pasti tidak jalan. Tegurlah macam mana sekali pun pasti dalam beberapa saat anak akan mengulangi semula kelakuan yang tadi. Boleh hilang sabar ibu bapa jadinya.

Kadang kala, kita ingat cara teguran kita itu sudah sesuai buat anak kita, tapi sebenarnya anak kita tidak heran pun dengan teguran yang diberikan itu. Berbuih mulut tapi anak berulang kali lakukannya.

Mari kita baca perkongsian Puan Sharifah Zahidah ini, mana tahu kita boleh ambil contoh dan jadikan panduan dalam mendidik dan menegur anak-anak kita.



Bila berkomunikasi dengan anak, especially bila kita MENEGUR SESUATU KESALAHAN ANAK, elakkan menyebut apa yang kita TAK MAHU DIA JADI, TAPI SEBALIKNYA SEBUT APA YANG KITA MAHU DIA JADI.

Contoh situasi yang kerap berlaku, anak kita selalu tumpahkan air atau makan berlari.

Kita pun sebut,

"Kakak, janganlah makan sambil berjalan-jalan sana sini.  Ibu tak suka anak Ibu makan bersepah. Makan tu duduk jelah setempat."

Ini salah. Sebab kita sebut pada dia, apa yang kita tak suka dia jadi, tapi itulah yang kita dok ulang-ulang sampai mati. Pastu kita kata, "Berbuih dah mulut menegur. Tak makan saman!"

Walhal, strategi kita salah.
Yang sepatutnya kita, sebut,
"Kakak, ibu suka anak Ibu makan duduk setempat dan tak bersepah. Hati ibu rasa seronok.. Rumah pun kekal bersih, kan?"

Maksudnya sama, nak suruh anak makan duduk, jangan lari lari.
Tapi PENDEKATANNYA JAUH BERBEZA, bukan?



Contoh lain, bila anak kita misbehave.
"Ahmad, janganlah lari-lari macam tu. Tak soleh."
Ini juga salah. Ini punca sindrom "MULUT BERBUIH IBU2 SEANTERO DUNIA"

Tapi tukarkan kepada,
"Ahmad jalan elok-elok ya. Macam itu baru anak soleh."

Ringkas kan? Tapi win.
Winning their hearts, percayalah.

Kenapa kemahiran menegur anak ini sangat PENTING untuk kita pelajari sebenarnya?

Kerana WORDS ARE SO POWERFUL.
IT CREATE PERCEPTION THAT WILL BE HARDWIRED INTO THEIR BELIEF SYSTEM.

Kalau dah seminggu 3x 4x dia dengar mak cakap dia "Haip tak solehah, haip tak solehah, haip tak betul haipp tak bagus.." Maka apa yang masuk dalam mindanya?

"Aku tak soleh, aku tak betul, aku tak bagus dan sebagainya."

The mind process those words and sends signals to their body on how to produce action of being tak soleh tak betul tak bagus. It becomes, their PROGRAMME.



Niat asal kita nak MEMBINA, tetapi yang terjadi adalah MEMBINA-SA.

Kerana itu, ketika menegur, jangan ucapkan apa yang kita tak mahu dia jadi semata, tapi ucapkan apa yang kita MAHU DIA JADI.

Contoh situasi lagi, bila anak mencarut.
Kita pun kata,
"Jangan mencarut. Mulut jahat. Ibu tak suka".

Ya, anda betul.
Mencarut memang petanda mulut jahat.
Tapi approach itu salah untuk anak-anak kecil.

Sebetulnya, katakan,
"Anak Ibu tak mencarut. Sebab anak Ibu mulutnya baik. Tadi dia termencarut sebab dia tak sengaja. Kan kakak? Kakak tak sengaja kan? Kakak lupakan tadi sebab tu tercakap dekat adik bod** dan gila, betul Kakak?"

Selalunya, anak akan tone down bila dia tau kita tak marah tapi WE ARE THERE TO HELP THEM TO COPE WITH THEIR MISBEHAVIOR. Mereka tak perlu seorang hakim yang menjatuhkan mereka hukuman, tetapi mereka perkukan seorang yang HALIM (rahmah dan kelembutan) yang memberi mereka pedoman.
Dengan teknik ini juga, anak mudah untuk mengaku bersalah.

Dan ketika ini, kita boleh ajar pula padanya, BAGAIMANA KITA AMEND KESALAHAN KITA apabila kita tersalah laku.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen