Bila Anak Sembelit, Ibu-Ibu Segera Tukar Susu, Tapi Bukan Salah Susu, Lihat Beberapa Punca Ini.

 

Perkara sebegini kerap kali berlaku, malah ia sering kali menjadi topik perbualan ibu-ibu. Apabila anda menghadapi semelit sahaja, ibu-ibu pasti akan menukar susu harian anak-anak mereka. Sedangkan, menurut Dietitian Fizah Sobri, sembelit 70% disebabkan dari pemakanan anak yang kurang bersesuaian manakala sembelit akibat susu adalah jarang sekali.

Ramai ibu-ibu yang tidak tahu akan perkara ini dan mengambil jalan mudah dengan menukar susu dan berharap anak sudah tidak sembelit lagi. Mari kita fahami dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.



SUSU TIDAK BERSALAH



Banyak comment saya baca apabila anak sembelit sarankan untuk tukar susu. Tetapi itu bukan solution/jawapan utama.

Sembelit 70% disebabkan dari pemakanan anak yang kurang tepat. Sembelit akibat susu adalah jarang sekali...dan jika ye bukan disebabkan komposisi susu tersebut malah lebih kepada cara bancuhan susu yang kurang tepat.

Cuba baca dengan selanjutnya apakah punca utama sembelit bagi bayi dan kanak kanak umur 6 bulan dan ke atas.

S.E.M.B.E.L.I.T

Maksudnya najis yang keras (jika di skala Bristol type 1) dan boleh mengakibatkan kesakitan bila nak membuang
Kalau kita yang dewasa pun rasa sakit dan pedih apa lagi kalau baby..



Apa yang ibubapa boleh buat jika anak sembelit?

Apabila anak sembelit perlu tengok dari pelbagai sudut.

1. Adakah air yang diambil mencukupi?

6-12 bulan perlu 800ml sehari

2. Adakah serat diambil mencukupi?

Untuk lawas serat yang dimaksudkan adalah serat tidak larut air yang datang dari sayur sayuran hijau dan kulit buah.

3. Adakah anak aktif?

- merangkak, berjalan, meniti,bergolek..boleh buat exercise kaki bagi najis lancar.

4. Pengambilan probiotik.

- natural probiotik datang dari yoghurt,cheese manakala yang bukan natural datang dari probiotic granules (serbuk)..tidak perlu ambil setiap hari..seminggu sekali pun ok.

Jika masih sembelit setelah semua perkara di atas dah buat dan sembelit lebih dari 3 hari SILA JUMPA DENGAN DOKTOR PERUBATAN

Kalau dibiarkan boleh jadi haemorrhoid seperti di bawah...



Jangan ambil supplement/herbal tradisional yang tidak tahu keberkesanannya (atas cadangan makcik bawang sebelah rumah)

Dan....

Jangan buat perkara berikut jika anak sembelit.

1. Kurangkan pengambilan susu

- susu breastmilk definitely teruskan

- susu fm jika dah lama(lebih seminggu) perkenalkan teruskan dengan kuantiti dan bancuhan sekarang

2. Kurangkan makanan

- teruskan kuantiti yang baisa diambil tetapi pastikan ada penambahan serat dan air jika tidak mencukupi

3. Jangan bagi probiotic drinks...

Kebanyakan probiotic drinks amat manis dan tidak sesuai untuk bayi bawah 12 bulan

Harap dapat membantu mommies
Sekian

Dietitian Fizah Sobri


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen