Syamsul Yusof Timang Anak Kedua, Nama Ringkas Tapi Penuh Makna Jadi Pilihan.

 

Beberapa minggu lepas, Syamsul Yusof dan Isterinya Putri Sarah Liyana menyambut ulang tahun yang ke 5 tahun usia perkahwinan mereka. Dikesempatan itu, Syamsul telah memuat naik satu posting dengan ucapan selamat ulang tahun buat perkahwinannya bersama isterinya.



Dalam posting tersebut, beliau berterima kasih kepada Puteri Sarah kerana telah menjadi isteri yang baik dan taat. Beliau juga turut berterima kasih kerana telah melahirkan anak lelaki mereka yang comel iaitu Syaikhul Islam buat menambah seri perkahwinan mereka.



Sentiasa mengingati pesanan isterinya tentang Syaikhul yang menjadi harta sebenar buat dirinya.

“Saya tak mampu balas semuanya sayang, cuma berdoa semoga awak mendapat keberkatan dan syurga Allah diakhirat nanti. Saya sayangkan awak dan anak kita selamanya.”

Dalam dua hari lepas pula, Syamsul telah berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak kedua mereka iaitu Summayah binti Mohd Syamsul. Yang dilahirkan pada 16 Mac jam 3.30 petang yang lalu. Beliau turut memuat naik gambar anak perempuannya di dalam posting tersebut.







Dikesmpatan ini, kami mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan kehadiran bayi perempuan dan selamat berpatang buat Puteri Sarah.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,275 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen