Pura-Pura Pengsan, Dato Aliff Syukri Prank Isteri Sempena Hari Lahirnya. Memang Sweet Habis.

 

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan romantis dan bahagia iaitu Dato Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahidah. Seperti yang kita tahu bahawa, Dato Aliff Syukri ini adalah seorang suami serta ayah yang penyayang.

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi kisahnya yang dimasukkan hospital di laman Instagram miliknya.









Dalam keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya, Dato Aliff Syukri masih lagi sempat membuat kejutan buat isteri yang tercinta, Datin Seri Shahidah.

Bersempena hari lahir isterinya, Dato Seri Aliff berpura-pura memarahi stafnya kemudian dilihat jatuh pengsan. Ketika itu, mereka berada dalam bilik mesyuarat yang turut disertai isterinya serta stafnya.

Dato Seri Aliff ini sememangnya penuh dengan kejutan bahkan itu adalah sikap romantis yang sering ditunjukkan olehnya kepada isteri tercinta.



Walaupun menjadi isteri kesayangan, Datin Seri Shahidah bukanlah seorang yang jenis meminta-minta tetapi sebaliknya Dato Aliff sendiri yang sentiasa memanjakan isteri dan anak-anaknya dengan pelbagai hadiah serta kejutan yang tidak dijangka.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya memuji kejutan yang diberikan serta mengucapkan selamat hari lahir buat Datin Seri Shahidah.





Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen