Mahkamah Khas Sita Harta Suami Yang Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Ini Bermula Mei Ini.

 

Apabila sudah berpisah atau penceraian berlaku, maka ibu-ibu selalunya akan berdepan dengan masalah kewangan kerana perlu menyara anak secara bersendirian. Bukan itu sahaja, ibu-ibu tunggal ini juga biasanya akan berulang kali naik mahkamah kerana mahu meminta dari wang nafkah dari bekas suami untuk anak-anak mereka. Dan setiap kali itulah tuntunan nafkah masih lagi tidak ditunaikan oleh si bekas suami.

Sekarang ini, ada berita baik buat wanita yang bergelar ibu tunggal di mana wanita yang berpisah dengan suaminya dan memiliki anak hasil perkahwinan kalian. Jika dahulu anda terpaksa bertungkus lumus untuk turun naik mahkamah dan masalah nafkah anak-anak masih lagi belum selesai, kini anda boleh menari nafas lega.

Mana tidaknya, bermula Mei ini, kerajaan akan membina satu mahkamah khas di mana ia akan memebela nasib anak-anak dan isteri selepas berlakunya penceraian.



Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei ini mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setakat ini pengoperasian mahkamah tersebut berada di peringkat penilaian terakhir dengan satu kertas Kabinet dijadual dibe­n­tangkan bulan depan.

Jelas Mujahid, pihaknya telah mendapatkan maklumat dan pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewa­ngan dalam melengkapkan kajian terhadap pengoperasian tersebut.

“Kertas Kabinet ini antara lain akan memberi kuasa undang-undang kepada mahkamah khas syariah ini menyita harta suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri.

“Kita komited menubuhkan mahkamah ini kerana hampir semua lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 di sini hari ini.

Menurut Mujahid, inisiatif penubuhan mahkamah khas itu dirancang bagi mempercepatkan penyelesaian masalah perkahwinan dan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selain membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali.

Sementara itu, Mujahid berkata, tiga teras utama gagasan pentadbiran Islam di bawah kerajaan baharu iaitu Rahmatan Lil Alamiin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia akan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,407 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen