Didik Anak Perempuan Kita Bertudung, Ini 4 Tips Sesuai Untuk Si Kecil Anda.

 

Sebagai seorang Muslim, menutup aurat itu adalah perkara yang diwajibkan bagi setiap wanita. Untuk memulakan langkah menutup aurat dengan sempurna, seseorang itu perlu mendapatkan didikan awal dan kebiasaan sejak dari kecil lagi. Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Jika anda yang memiliki anak perempuan yang masih kecil, galakkan mereka untuk bertudung dari awal lagi. Barulah ia menjadi satu kebiasaan dan kemestian untuk menjaga aurat dan sentiasa bertudung apabila bertemu dengan orang lain.

Bagimana hendak mendidik anak-anak memakai tudung? Merujuk Firdaus Azizi, terdapat 4 tips supaya anak suka bertudung.



1. Biasakan Anak Pakai Headband Atau Topi.

Ibu bapa harus membiasakan anak mereka untuk memakai headband atau topi di kepala mereka supaya apabila kita menyuruh mereka memakai tudung nanti mereka tidak rasa rimas kerana sudah biasa memakai sesuatu di kepala.



2. Asal Keluar Rumah, Pakai Tudung.

Ibu bapa harus membiasakan anak perempuan mereka memakai tudung apabila hendak keluar dari rumah supaya perkara tersebut menjadi satu tabiat atau habit kepada mereka.

3. Belikan Tudung ‘Instant’ Yang Selesa.

Tudung ‘Instant’ amat mudah untuk dicari bagi kanak-kanak. Ini untuk memudahkan mereka memakai tudung tanpa kesukaran. Dan pastikan membeli tudung ‘instant’ yang selesa untuk mereka.



4. Doa Dan Minta Dipermudahkan Oleh Allah.

Ini merupakan tips yang terakhir selepas melakukan semua tips. Ini sebagai cara yang terakhir yang kita boleh lakukan dengan berdoa supaya anak kita mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna.

Mungkin ia agak sukar pada permulaannya, namun ia pasti akan mendatangkan hasil yang baik jika kita sabar dalam menerapkan perkara ini dalam diri anak-anak perempuan kita. Didik mereka menutup aurat sejak dari kecil barulah perbuatan itu akan dibawa sehingga besar.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,155 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen