5 Gaya Hidup Sihat Orang Jepun, Yang Boleh Kita Amalkan.

 

Dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat pasti pelbagai cara sudah diusahakan. Tidak kisah dengan pelbagai cara, namun perlu berdisiplin, tidak berputus asa dan sentiasa mencari semangat baru supaya dapat dilakukan dengan konsisten.

Demi menjaga tubuh badan yang sihat, yang telah diamanahkan oleh Allah SWT, carilah pelbagai kaedah dan antaranya gaya hidup seperti orang jepun. Mereka sentiasa mengamalkan 5 gaya hidup sihat ini iaitu…

1. Pencuci mulutnya yang sihat.

Image result for pencuci mulut orang jepun

Adakah dikalangan kita akan mengambil pencuci mulut usai sahaja makan makanan berat?

Yang jelas terlihat adalah sentiasa mengambil air manis, mahupun kuih tradisional ketika waktu petang. Pada waktu ini sahaja, sudah banyak kandungan gula yang kita konsum. Akan tetapi orang jepun hanya mengambil 48.8 gram sahaja per hari, jika dibandingkan dengan orang amerika yang mengambil 100 gram. Hampir separuh!

Jadi, adakah kita mengetahui kandungan gula yang telah diambil?

2. Keajaiban rumpai laut.

Image result for rumput laut

Menurut kajian daripada Universiti Newscastle, rumpai laut adalah salah satu makanan yang boleh menghalang penyerapan lemak. Manfaatnya adalah mampu meningkatkan pemprosesan lemak dalam tubuh hingga 4 kali ganda. Selain daripada itu, rumpai laut ini dijadikan sebagai sayuran oleh orang jepun, atau dipanggil seaweed.

Dengan kalorinya yang rendah, sudah pasti dapat menurunkan berat badan juga.

3. Makan tidak sampai kenyang.

Related image

Orang Jepun dikatakan tidak makan sampai kekenyangan. Salah satu garis panduan makan mereka menurut adalah ‘hara hachi bu’, yang bermaksud makanlah sampai perut anda penuh 8/10 bahagian. Makan perlahan akan membuat makanan lebih mudah dicerna dan perut kenyang. Inilah yang membuatkan mereka langsing dan sihat.

4. Makan ikan.

Related image

Orang Jepun makan ikan sehingga 100 gram sehari. Mereka mendapat pengambilan asid lemak omega 3 yang lebih banyak. Tidak hairan sekiranya mereka mempunyai kulit yang berkilat dan awet muda. Asid lemak omega 3 juga merupakan lemak yang sihat bagi kesihatan.

Berbanding dengan orang kita, setiap hari pasti inginkan ayam goreng sebagai hidangan utama.

5. Berjalan ke pejabat.

Image result for orang jepun berjalan

Ini adalah kebiasaan mereka sehinggalah ke hari ini. Di sana kebanyakan mereka berjalan kaki daripada naik kenderaan sendiri. Kalau kita berjalan kaki hanya untuk bersukan atau menuju ke tempat yang jaraknya dekat, orang Jepun boleh menempuh jarak jauh dengan berjalan, bahkan berlari.

Itu pun 2-3 kali sehari. Oleh kerana itu tubuh mereka sihat.

Malah, kita juga dapat melihat orang Jepun ini dapat mengekalkan tubuh badan yang langsing disamping usia yang panjang.

Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen