Antara Masalah Rumahtangga Yang Merosakkan Dalam Diam, Hati-Hati Dengan 4 Perkara Ini.

 

Dalam perhubungan ini sememangnya tidak akan pernah lari dari masalah. Pelbagai masalah yang akan datang tanpa diduga bahkan bila-bila masa sahaja ia akan terjadi. Namun begitu, kadang kala kita boleh lebih berwaspada apabila kita mengetahui beberapa perkara yang mungkin menjadi masalah dalam hubungan kita. Bukan itu sahaja, setiap pasangan akan lebih baerhati-hati dalam setiap langkah yang diambil.

Dalam sebuah hubungan suami isteri, perkara yang tidak penting dan masalah kecil biasanya dianggap satu perkara yang tidak penting. Namun begitu, apa ia berkumpul dari perkara yang kecil ia boleh berubah menjadi satu yang besar dan akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Dan apabila ia meletup masalah akan menjadi semakin sukar untuk diselesaikan.



Masalah sebegini biasanya akan menjadi punca kepada penamat hubungan, atau menyebabkan kalian berdepan hubungan yang tidak menyenangkan sekaligus melibatkan sikap pengabaian dari pasangan itu sendiri.

1. Kurang berkomunikasi.



Mempunyai komunikasi yang baik adalah penting untuk setiap hubungan. Berkomunikasi antara satu sama lain lebih mudah untuk mendekati pasangan sekaligus mudah untuk selesaikan segala salahfaham yang berlaku diantara kalian. Bahkan cara ini juga bagus untuk meluahkan rasa cinta dan sayang terhadap. Apabila anda tidak berasa selamat untuk berkongsi segala rasa bahkan anda merasakan perkara tersebut bukan satu perkara yang perlu diperjelaskan ia akan menjadi satu masalah sekaligus akan menjadi bom jangka buat hubungan yang anda bina.

2. Tidak setia.



Perasaan setia dan tahu nilai kesetiaan yang begitu mahal akan membuatkan satu hubungan itu lebih harmoni dan bahagia. Tidak melahirkan jurang mahupun tidak mengalakkan orang ketiga untuk hadir dalam hubungan anda itu akan membuatkan hubungan anda sentiasa selamat. Berlainan pula dengan jika anda menyimpan rahsia seperti berlaku curang di belakang pasangan anda, itu akan membawa hubungan anda itu ke arah penamat.


3. Masalah kewangan.



Masalah kewangan hanya salah satu faktor untuk memusnahkan hubungan. Ia bukan punca utama. Tiada jalan yang dapat membantu jika anda berdepan dengan masalah ini melainkan kalian sama-sama membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Jika pasangan anda berdepan dengan masalah ini, kalian perlu sama-sama bijak menguruskan dan menyelesaikannya agar ia boleh mneyelamatkan hubungan untuk terus kekal. Jika anda hanya membiarkan pasangan selesaikan bersendirian, anda mungkin berdepan dengan masalah yang lebih besar.

4. Ketagihan.



Ketagihan adalah masalah besar yang boleh membawa kekacauan ke dalam hubungan. Seseorang boleh terlibat dalam ketagihan dengan dadah, alkohol, perjudian, dan pergaulan seksual. Seseorang boleh berubah untuk sementara dan mendapatkan pengampunan namun ia tidak bernilai dalam apa-apa hubungan. "Saya tidak akan melakukannya lagi" bukan jaminan dan boleh menjadi bom jangka yang menunggu untuk meletupkan seluruh hubungan anda.

Jika anda mengesan mana-mana masalah seperti ini dalam hubungan anda, anda mungkin perlu cuba untuk perhatikan dan selesaikannya dalam kadar segera. Jangan mengabaikan sekiranya anda sayang akan hubunga kalian.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen