Ketahui 7 Tanda Toksin Penuh Dalam Badan Anda.

 

Dalam menjalani rutin harian, secara tidak sedar tubuh badan kita dipenuhi dengan toksin. Jika menjalani gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan dan tidak melakukan senaman, pasti toksin ini akan berkumpul dan mengakibatkan kesihatan terjejas.

Anda menganggap ia seolah-olah hanya perkara biasa, dan tidak mengambil berat. Namun, sebenarnya ia akan memberi kesan pada jangka masa yang panjang. Tidak kena pada hari ini, 5 tahun akan datang tiada siapa yang dapat jangka. Oleh itu, penting untuk anda lihat 7 tanda ini sekiranya toksin penuh dalam badan…

1. Sembelit.

Sudah sedia maklum, ramai diantara kita tahu tentang detox dimana untuk nyahtoksin dalam tubuh badan. Detox bukan untuk kuruskan badan sebenarnya, tetapi untuk membantu sistem usus dapat berfungsi dengan lancar. Maka, anda tidak akan mengalami kesukaran ketika membuang air besar, dan mudah lawas.

Jika, anda sukar membuang air besar atau sembelit, ia adalah tanda badan anda dipenuhi dengan toksin.

2. Lesu.

Mata sembab seperti eye bag dan dark circle, kemudian badan sentiasa keletihan dan lesu walaupun tidur mencukupi adalah tanda badan anda dipenuhi dengan toksin juga.

Ketika dan waktu ini, badan anda sukar untuk bebaskan toksin dimana setiap hari anda hanya menambah toksin dalam tubuh badan, dan tidak mampu dikeluarkan. Ia tidak mampu dikeluarkan kerana anda terlalu banyak makan makanan manis dan juga penambahan kafein yang terlalu tinggi.

Oleh sebab itu, pentingnya mengamalkan makanan yang mempunyai serat tinggi dan bernutrisi supaya anda tidak sembelit, dimana mendorong badan menjadi lesu.

3. Sakit Kepala.

Sembelit, lesu kemudian mendorong anda untuk sering sakit kepala pula. Secara saintifik, tubuh badan kita akan melepaskan sejenis hormon ketika badan berasa stress atau tertekan, untuk tubuh badan kembali normal dan relaks. Sekiranya hormone ini tidak dilepaskan ketika kita berasa tertekan, ia akan mengakibatkan seseorang diserang sakit kepala atau pun migrain.

Hormon yang tidak dilepaskan ini akan terkumpul sehingga menjadi toksin dalam tubuh badan.

4. Lidah Berwarna Kuning/Putih.

Seterusnya, tanda tubuh badan anda dipenuhi dengan toksin adalah lidah anda akan berubah warna kepada kuning atau keputihan. Ia berpunca daripada organ hati yang terjejas. Ini juga akan mendorong kulit dan bebola mata berubah menjadi kuning, dimana anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor supaya ia tidak memudaratkan kesihatan.

5. Masalah Kulit.

Apabila tubuh badan anda dipenuhi dengan toksin, kulit wajah anda akan mula berjerawat dan sukar untuk hilang parutnya. Kulit anda juga akan mempunyai ruam yang sukar untuk sembuh. Kandungan toksin dalam badan yang menyebabkan kulit anda sukar untuk sembuh dan dirawat, oleh itu amat penting untuk menjaga pemakanan yang mempunyai manfaat pada kulit.

6. Perut Berlemak (Buncit).

Anda lihat, badan anda kurus, tetapi perut pula buncit. Kenapa ya?

Ini menandakan badan anda dipenuhi dengan toksin yang tidak dapat dibebaskan. Menurut kajian, toksin akan menggalakkan tubuh badan menyimpan lemak berlebihan di sekitar perut sehingga menjadi buncit. Jadi, anda perlu amalkan rutin harian yang sihat dari segi pemakanan dan juga gaya hidup.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen