3 Ibadah Wasiat Rasulullah SAW, Yang Perlu Kita Ikuti.

 

Sebagai seorang muslim adalah amat penting untuk praktikkan segala aktiviti atau ibadah yang berlandaskan kitab Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Nabi. Oleh itu, ketahuilah kita bahawa Rasulullah SAW telah meninggalkan ibadah wasiat kepada umat manusia sebagaimana dalam hadith ini:

Abu Hurairah berkata, “Kekasihku Nabi Muhammad SAW mewasiatkan tiga hal iaitu witir sebelum tidur, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dhuha.” (HR. Abu Hurairah)

Selain mementingkan kesihatan luaran tubuh badan, berapa ramai di antara kita yang mampu untuk memberi ‘makanan’ dalam jiwa?

Berapa ramai dikalangan kita yang mampu mempersiapkan diri dengan ibadah dan sunnah?

Maka, jom ikuti 3 ibadah yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW seperti hadith di atas…

1. Witir Sebelum Tidur atau Akhir Malam.

Untuk ketenangan jiwa dan membersihkan diri, lakukanlah solat witir usai solat Isyak iaitu sebelum tidur. Atau pada akhir malam selepas melakukan solat sunat seperti Tahajud, Taubat dan Hajat  sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa bimbang tidak terbangun pada tengah malam, maka lakukanlah witir sebelum tidur, dan barang siapa yang yakin akan terbangun di akhir malam, maka lakukanlah witir di akhir malam. Sesungguhnya solat di akhir malam itu disaksikan dan itu lebih utama.”

[HR Muslim]

Solat witir ini adalah solat yang amat digalakkan dan ia adalah ibadah sunat Muakkad. Ia dilakukan dengan rakaat yang ganjil seperti 1 rakaat, 3, 5, 7 sehingga 11 rakaat. Namun, pada satu malam tidak boleh lakukan 2 solat witir.

Manfaatnya mampu meningkatkan ketaqwaan manusia kepada pencipta-Nya.

2. Puasa Membina Kekuatan Rohani.

Berpuasa bukan pada Bulan Ramadhan sahaja, malah digalakkan untuk melakukan puasa sunat seperti setiap hari isnin dan khamis. Maka, memang amat digalakkan untuk kita sentiasa berpuasa setiap bulan sementara menunggu bulan Ramadhan. Ia bukan sahaja baik dalam membina kekuatan rohani, malah baik juga untuk kesihatan dalaman tubuh badan.

Memberi perut untuk berehat, sudah pasti membuat badan berasa ringan disamping membuang toksin.

Perkara ini dapat dihayati melalui hadith ini…

“Dan berpuasalah tiga hari pada setiap bulan. Kerana sesungguhnya kebaikan itu akan (dilipat gandakan) dengan sepuluh kali lipat. Oleh kerana itu, engkau seolah-olah berpuasa selama sebulan penuh.”

[HR Bukhari dan Muslim]

3. Solat Sunat Dhuha.

Solat sunat dhuha adalah tanda kita bersyukur dengan pemberian dari-Nya, atau ia adalah salah satu cara kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT. Apabila bersyukur dengan setiap pemberian rezeki dan nikmat, dengan izin-Nya akan dilimpahi rezeki yang berkat dan diluar jangkaan kita. Sebab itu penting untuk melakukan solat sunat dhuha setiap hari, dimasa yang terluang.

Oleh yang sedemikian, mari persiapkan diri dalam melakukan 3 ibadah yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW dan jadikan sebagai amalan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen