Kenapa Golongan Wanita Perlu Menabung Dan Melabur Dari Usia Muda? Jom Baca.

 

Pada masa kini, kaum wanita bukan sahaja dilihat lebih berjaya dalam bidang akedemik, malah berjaya dalam kerjaya dan memiliki pendapatan yang tinggi juga. Di samping mempunyai akhlak yang baik, kaum wanita juga perlu tahu dalam hal kewangan seperti menabung dan melabur sejak dari usia yang muda lagi.

Oleh yang demikian, amat penting untuk para ibu bapa mendidik anak-anak perempuan untuk mengetahui hal kewangan ini.

Lakukan sahaja pelbagai aktiviti yang melibatkan kewangan seperti menyimpan wang dalam tabung, perniagaan kecil seperti di pasar, dan apa jua aktiviti yang berkaitan. Ini akan dapat memupuk minat mereka dalam bidang kewangan.

Bukan untuk menjadi materialistik, akan tetapi…

1. Untuk berdikari.

Oleh sebab wanita masa kini lebih berjaya dan mampu untuk mendapat pendapatan yang tinggi, amat penting untuk mereka belajar berdikari tanpa pergantungan daripada pihak lain. Jangan menjadi lemah dalam hal kewangan ini, sehingga terpaksa meminjam dan berhutang wang dengan kawan-kawan pula.

Bukan sahaja penting ketika zaman bujang, setelah berkahwin juga amat penting untuk berdikari dalam kewangan seperti mempunyai harta sendiri. Di samping mendapat nafkah daripada suami, jika terdapat kecemasan, golongan wanita akan sama-sama membantu untuk menjana pendapatan.

Jika ditakdirkan berlakunya perceraian, atau kematian suami, tidaklah terkontang-kanting keseorangan mencari duit. Adanya ilmu ketika usia muda, pasti akan membuat diri menjadi stabil dan tidak mudah menjadi murung hanya kerana hal duit semata-mata.

2. Untuk menjadi seorang yang berdisiplin.

Selain daripada itu, menabung dan melabur juga mampu menjadikan golongan wanita ini berdisiplin daripada berlakunya pembaziran pada barang yang tidak penting. Ini kerana golongan wanita adalah seorang yang mudah mengikut pengaruh emosi.

Tertekan sahaja, mahukan makanan di restoran yang mahal…

Bersedih sahaja, mahu membeli belah sebagai terapi…

Marah sahaja, mahu karoke melepaskan geram…

Jika dididik dari usia yang muda, pasti golongan wanita akan lebih berdisiplin dalam berbelanja dan tidak mengikut emosi semata-mata.

3. Untuk mendidik diri menjadi seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan apa jua perkara.

Apabila fokus untuk menyimpan wang dan melabur, ia akan mendorong seseorang bersungguh-sungguh dalam melakukan apa jua perkara dalam kehidupannya. Ini kerana, apabila wanita mudah terpengaruh dengan emosi, segala kerja yang dilakukannya juga akan terganggu dan tertangguh sehingga menyukarkan diri.

Kerja yang dilakukan tidak akan tergendala, malah tidak mudah mengalihkan perhatiannya pada perkara yang lain.

4. Untuk menjadi seorang yang bertanggung jawab dalam jangka masa yang panjang.

Apabila sudah ada keinginan untuk menyimpan wang dan melabur dalam jangka masa yang panjang, sudah tentu akan menjadi seorang yang bertanggung jawab dan mempunyai matlamat. Matlamat jangka masa yang panjang ini penting supaya golongan wanita mampu melihat pencapaiannya sendiri tanpa pergantungan pihak lain.

Matlamat seperti:

  • Berkahwin.
  • Memiliki rumah atas nama sendiri.
  • Menunaikan Haji atau umrah.

Dengan menabung dan lemabur juga akan membuat golongan wanita lebih berfikiran rasional, kerana dirinya menjadi bertanggung jawab.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen