“Nak Pilih Emas, Macam Nak Pilih Jodoh Juga..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Emas baik untuk pelaburan mahupun dana kecemasan. Majoriti yang berkejar-kejar untuk menyimpan emas, namun perlu tahu untuk memilih emas yang bersesuaian. Jangan salah pilih, jangan salah langkah. Perancangan juga perlu ada. Oleh yang sedemikian, ia telah dikongsikan oleh Puan Marlia Ramli berkenaan dengan pemilihan emas…

********

Seperti Pilih Jodoh.

1 – Nak cari jodoh tak boleh la pandang rupa saja.

Perlu juga pandang kesesuaian dia dengan kita. Baik tak? Rajin tak? Setia tak? Latar belakang keluarga bagaimana? Kita mencari keseluruhan pakej bukan setakat sedap mata memandang saja. Samalah kenapa kita pilih emas Public Gold (PG).

2 –Ada emas yang lebih murah di pasaran.

Tapi trading gold atau paper gold. Beli emas dapat kertas. Tak boleh keluarkan secara fizikal. Tapi menabung di PG berbeza. Sebab simpanan kita disokong emas fizikal boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

3 – Ada emas yang boleh beli online sama dengan akaun GAP Public Gold.

Tapi tak ada jaminan belian balik. Maknanya kita nak jual tak ada jaminan syarikat ABC sanggup beli balik. Ini pedih kawan. Sebab matlamat akhir kita mahu jualkan. PG berbeza kerana bila kita nak jual PG akan beli balik tanpa banyak soal.

4 – Ada emas spread memang nampak lebih rendah.

 Tapi nak jual atau pajak tak boleh. Sebab jenama emas tidak diiktiraf pula. Aduh! Tak ke sakit jiwa? Namun, emas 999 PG terbukti laku dan berguna. Anda boleh pajak di banyak ar-rahnu sebagai pusingan modal beli rumah atau berniaga malah boleh dijual semula.

5 – Ada emas jika nak keluarkan perlu melangkah negeri nak keluarkan emas.

Cawangan dalam negara hanya ada dua tiga. Kalau kita duduk di Sabah tak kan nak kena naik kapal terbang ke semenanjung untuk keluarkan emas kita? Tapi PG berbeza. Ada 18 cawangan di seluruh negara kita boleh keluarkan emas di mana-mana dalam negara. Malah boleh order untuk penghantaran juga melalui kaedah Gold In Transit (GIT) ke rumah kita.

6 – Ada emas tak tahu syarikat jual jenama apa kelulusan Bank Negara (BNM) pun belum ada.

Ini bahaya. BNM tak luluskan bermakna tiada pemantauan dan pengesahan perniagaan. Jika ada unsur penipuan bagaimana? Tapi PG berbeza. Dah 11 tahun di Malaysia dan disahkan menjalankan perniagaan yang disokong penyimpanan emas fizikal.

7 – Ada emas yang murah gila, spread rendah dan ada belian balik tapi tiada pengesahan patuh shariah pula.

Tak ada sijil patuh shariah bukan bermakna tidak patuh shariah. Namun jika ada sijil pematuh adalah lebih baik. Tapi PG berbeza. Kerana system jual beli dan akaun simpanan emas GAP Public Gold disahkan patuh shariah.

8 – Ada yang nak simpan sendiri emas tapi tak ada pendidik yang membimbing.

Maka terkapai-kapailah kita simpan emas sekerat jalan. Tapi PG berbeza. Kerana PG ada system introducer (pendidik) yang berkongsikan update dan ilmu secara percuma. Penyimpan tak perlu bayar apa-apa kerana PG yang bayar insentif mereka.

9 – Ada yang simpan emas tapi tak tahu nak letak di mana?

Nak simpan di rumah bahaya.

Nak sorok bawah katil takut lupa pula.

Nak bagi sesiapa jaga nanti kena curi sia-sia. Boleh je nak letak di safe deposit box di bank. Pada kadar RM200 setahun simpan di sana. Atau kalau nak simpan secara percuma dan selamat, letak saja di akaun GAP. Boleh pajak dan jual melalui online sahaja. Kumpul secara berdikit dah banyak baru keluarkan.

Ya.. SEPERTI PILIH JODOH, pilihlah emas simpanan bukan hanya sekadar murah atau spread rendah. Namun pilihlah dari keseluruhan aspek dan pakej. Sebab bila kita menabung emas, kita simpan dalam jangka panjang. Dan kita mahu pakej keseluruhan agar kekayaan kita bertahan. Simpan emas di PG entry cost tabungan serendah RM100 sahaja.

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,488 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen