"Allah Sengaja Tidak Hapuskan Dosa Yang Telah Dilakukan Dalam Fikiran Kita, Supaya Timbul Rasa Bersalah Dan Lakukan Taubat Berulang Kali."

 

Setiap orang tidak pernah lari dari melakukan silap amhupun dosa. Walaupun sekecil-kecil dosa, pasti akan begitu mudah untuk kita terjerumus ke arah itu. Sudah sentiasa berjaga-jaga, sudah terlalu berhati-hati tetapi tetap sahaja diri ini tidak terlepas darinya.

Sebagai seorang hamba, selepas ketahui bahawa dirinya terlalu banyak dosa dan silap terhadap Allah, maka solat taubat adalah ubatnya. Ubat untuk memiliki hati yang lapang, malah ubat untuk mendapatkan keampunan Allah.

Namun begitu, tidak semua orang mampu melupakan dosa yang lepas. Bahkan ada juga yang masih teringat-ingat akan segala dosa-dosa yang dilakukan sebelum dirinya memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ikuti perkongsian ini.



Ada satu soalan diajukan ke saya;

“Aku selalu teringat dosa yang aku pernah buat dulu. Aku cuba lupakan, tapi asyik ingat lagi. Sampai aku jadi tertekan sebab aku tahu semua tu salah. Apa yang aku perlu buat?”

Ini jawapan saya;

“Dia begini bang. Mengingati dosa yang pernah kita lakukan dulu itu baik. Kalau dengan itu boleh membuatkan kita beristighfar dan bertaubat.

Sebab itu selalunya Tuhan sengaja tidak hilangkan kesalahan kita daripada kotak fikiran. Supaya kita boleh ulang ingat, dan timbul kembali rasa bersalah. Maka kita bertaubat kembali.

Mengulang-ulang taubat itu bagus dan perlu. Kerana kita tidak tahu, apakah taubat yang dulu diterima atau tidak. Memang kita kena bertaubatlah selalu.

Kita dulu pernah berkawan dengan ramai lelaki yang bukan muhrim. Bersalaman, bertepuk tampar, keluar berdua-duaan. Itu semua dosa.

Kita pernah bercouple dengan ramai perempuan. Bergaduh sekejap, get back balik. Entah macam mana bergaduh lagi. Sudahnya tukar orang lain. Bertukar yang kita pun tak ingat siapa dulu, siapa yang kemudian.

Itu semua dosa yang pernah kita buat.

Kadang-kadang kita teringat semua itu, tak apa. Cuma jangan berlarutan. Terfikir sekejap, terus istighfar. Terkenang sekejap, terus taubat lagi.

Itu yang sebetulnya. Semua ingatan itu supaya kita selalu sahaja merasakan diri kita bukanlah orang yang baik. Masing-masing ada sejarah diri sendiri yang Tuhan sembunyikan. Yang cuma kita dan Dia sahaja yang tahu.

Selalulah memohon ampun daripada Tuhan. Kerana kita takut jika nanti Tuhan perlihatkan banyak dosa kita di akhirat. Mana nak letak muka? Semua orang nampak apa kita buat. Luluh habis kulit muka menahan malu.

Jadi taubatlah selalu. Moga memori dosa-dosa lalu kita, Tuhan padamkan daripada siaran umum di Mahsyar nanti. Amin.”

Sekian.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,193 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen