"Kalau Tidak Suka Pada Menantu, Biras Atau Ipar Jangan Up Pada Media Sosial" Nanti Masalah Lain Pula Timbul.

 

Sekarang ini semua perkara mahu ditunjuk dan diluahkan melalui media sosial. Rasa gembira dihebohkan, rasa bahagia ditunjukkan, rasa benci dijaja malah rasa tidak puas hati juga turut dikata dan dihebohkan. Semua perkara sebegini jika dibagitu tahu umum sebenarnya bukanlah sesuatu yang bagus, malah ia hanya akan memburukkan keadaan sahaja.

Tidak semua perkara kita patut kongsi atau share untuk bagitahu semua orang apa yang kita rasakan, cukup sekadar apa yang kita rasa itu disimpan sendiri.

Tanpa kita sedar sebenarnya berkongsi atau memperbesarkan hal yang kecil itu akan menyusahkan diri sendiri, malah akan menambah masalah lain dalam hidup kita.



"Kau tak suka kat ipar kau ke, menantu kau ke, mertua kau ke, kau tak payah nak up status story thread bagai kat social media... "

"Senyap-senyap sudah...simpan apa yang kau rasa tu..."

Sekarag ni, masing-masing suka untuk meluahkan apa yang dia rasa, apa yang dia alami, apa perasaan dia di media social...something yang dia perlu aware of is media sosial ni jaringannya besar...

Awak up satu status:

"Dah la duduk rumah harap duit abang aku, pastu pandai pulak dok control abang aku"

"Meluat betol aku dengan orang tua tu...bangun lambt pun tak boleh, main hp pun tak boleh...ni yang aku malas nak balik rumah dia ni"

Tujuan UP? Nak kabo satu dunia yang awak ada masalah dengan kakak ipar awak? Dengan mertua awak? Nak cakap yang kakak ipar awak tu control abang awak? Nak bgtau yang mertua awak tu annoying? Nampk biasa, tapi hakikatnya sangat-sangat meninggalkan impak dan kesan kepada kehidupan orang lain...

Walaupun dia tak friend dengan awak, walaupun dia tak guna media sosial yang awak guna, tapi status yang di UP tu dengan sekelip mata akan sampai kepada pengetahuan dia...natijahnya, dari tak bergaduh, jadi bergaduh, dari boleh berjumpa, jadi tak boleh berjumpa, tak boleh berdepan lagi dah...

Kebanyakkan family, ada group wassup family...mertua, menantu, ipar, biras, anak-anak semua dalam tu...tujuan group ada untuk nk update apa-apa, kongsi apa-apa kan, tapi berapa ramai ahli dalam group tu yang terasa hati dengan kata-kata or kenyataan yang datang dari orang dalam group tu jugak?

Ada yang smpai left group sebab malas nak melayan or malas nk baca sindiran, perli memerli segelintir ahli-ahli yang lain hanya disebabkan berbeza pendapat, or haluan...

Nasihat saya, kalau tak suka sangat pun, chill sudah la...simpan sorang-sorang...kau tunjuk sangat yang kau tak suka, apa yang kau dapat? N kau expect semua orang suka kau? Don't make things become complicated sebab hidup ini simple...

Just respect each other walaupun kau tak sebulu dengan dia...kau kau, dia dia...matang sket.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,306 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen