Jangan Terburu-Buru Dalam Membeli Kereta, Cuba Pertimbangkan 5 Perkara Ini Dahulu.

 

Membeli sebuah kereta telah menjadi kepentingan pada ketika ini. Hal ini terjadi kerana memikirkan keselesaan keluarga, keperluan harian malah jarak pemanduan yang jauh. Maka ramai yang memikirkan bahawa memiliki kereta itu adalah satu keutamaan.

Membeli kereta adalah satu perbelanjaan yang besar buat isi rumah, jadi pelbagai perkara yang perlu anda lihat agar terlebih dahulu sebelum anda menyesal di kemudian hari. Ini kerana, harga sebuah kereta itu tidak murah.



1. Harga kereta yang anda mampu beli.

Harga sebuah kereta tersangatlah berbeza antara satu sama lain. Tidak kiralah sama ada yang masih baru atau berjenama, bahkan dari segi keluaran, model ataupun jenama. Jangan beli kereta di luar batas anda. Beli kenderaan yang sesuai dengan keperluan dan keupayaan anda untuk membayarnya.

Jika anda merancang untuk membeli secara ansuran, pastikan jumlah wang yang anda bayar setiap bulan tidak lebih daripada 30% dari jumlah pendapatan yang anda miliki. Ini penting untuk diperhatikan untuk mengekalkan kesetabilan kewangan keluarga.



2. Kereta baru atau kereta terpakai.

Pertimbangan sebelum membeli kereta terpakai atau yang baru adalah berkaitan dengan keadaan kereta, malah perkara pertama yang perlu anda fahami ialah kereta adalah barang yang nilainya akan terus menurun di masa depan.

Jadi, walaupun anda membeli kereta dalam keadaan baru, maka dalam beberapa hari dari hari pembelian, harga kereta telah melonjak jauh dari harga pembelian. Disebabkan faktor-faktor di atas, ramai orang lebih suka membeli kereta terpakai daripada membeli kereta baru.

Namun apabila anda membeli kereta terpakai, anda mesti lebih berhati-hati, juga memberi perhatian kepada semua komponen kenderaan dan prestasi kereta tersebut.

3. Lakukan test- drive.

Melakukan test drive merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta. Dengan test drive anda boleh secara langsung mengalami pengalaman memandu dengan menggunakan kereta dan memutuskan sama ada anda selesa menggunakan kenderaan tersebut.



4. Berapa bulanan yang anda mahu bayar setiap bulan.

Membeli kereta sememangnya mudah, malah mendapatkan kereta idaman juga pasti satu keinginan. Tapi sebelum itu, cuba lakukan kira-kira untuk memastikan adakah pendapatan anda cukup membayar ansuran bulan yang bakal ditanggung setiap bulan. Jika tidak mampu, apa kata pilih kereta yang di dalam kemampuan anda.

5. Pilih dealer yang menawarkan perkhidmatan yang baik.

Perkara terakhir yang perlu anda pertimbangkan ketika hendak membeli kereta adalah untuk mempertimbangkan perkhidmatan selepas jualan yang disediakan oleh peniaga . Jangan biarkan anda membeli kenderaan dari peniaga yang mempunyai perkhidmatan selepas jualan yang buruk.

Banyak lagi perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli kereta. Pastikan anda berfikiran panjang dan jangan terburu-buru dalam pembeliannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen