Sambil Menunggu Hujung Bulan, Ini Cara Terbaik Untuk Memastikan Perbelanjaan Anda Sentiasa Stabil.

 

Apabila anda bekerja di bawah majikan, pasti persoalan yang kerap kali bermain di kepala apabila hampir setengah bulan bekerja adalah bila hujung bulan akan tiba. Bahkan persoalan ini akan bermain di kepala sehingga anda menerima gaji semula, dan perkara ini akan berulang kali.

Sesungguhnya menunggu hari-hari tiba waktu gaji itu sememangnya menyakitkan. Mana tidaknya anda perlu cuba untuk berjimat agar wang yang ada itu akan cukup sehingga hujung bulan.

Walau bagaimanapun, adakah anda pernah menghabiskan gaji sebelum hujung bulan? Jika pernah, nampaknya anda masih belum mahir dalam menguruskan kewangan dengan bijak.

Pasti anda mahu hidup yang lebih aman tanpa memikirkan hari-hari terakhir kerana kekurangan gaji ataupun gaji telah habis sebelum tiba hujung bulan bukan?



1. Kenal pasti perbelanjaan dan pendapatan anda.



Perkara yang pertama anda perlu lakukan adalah ketahui berapa banyak perbelanjaan anda telah lakukan dengan pendapatan yang anda miliki. Jika perbelanjaan anda itu melebihi 50% dari gaji anda, maka anda perlu sedar bahawa perkara itu mampu membahayakan kewangan anda sehingga hujung bulan.

Dengan melakukan perkara ini, anda boleh tahu di mana pembaziran itu berlaku. Apabila anda dapat mengenal pastinya, maka anda boleh segera berhenti melakukan tabiat tersebut ataupun mula berbelanja ke arah itu.

2. Potong perbelanjaan ke arah hiburan yang membazir.



Semasa anda menunggu tibanya hari gaji anda, jangan sesekali cuba untuk pergi berhibur yang sememangnya mempunyai pembaziran yang banyak. Sebagai contoh, anda keluar melepak, menonton wayang atau pergi membeli belah.

Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi berhibur hanya sebulan sekali agar tidak mengganggu kewangan anda dengan begitu teruk. Tetapi anda masih perlu berjimat cermat juga.

3. Jangan terlibat dengan hutang.



Untuk memastikan anda berada dalam kewangan yang baik, jangan sesekali anda melibatkan diri dengan hutang. Jika anda rasa anda ingin membeli sesuatu, tetapi keadaan kewangan anda tidak menyokong, anda tidak boleh memaksanya. Terutama bagi anda yang sering menangguhkan pembayaran.

Semakin banyak hutang yang anda miliki, semakin banyak beban kewangan yang membebani bahu anda. Anda juga akan menjadi lebih pening untuk memikirkan bagaimana membayar hutang. Jika gaji telah dipindahkan ke akaun anda, hanya tahu untuk membayar hutang tersebut.

4. Mencari kerja sampingan.



Apabila kita sudah tahu bahawa pendapatan yang ada itu tidak mencukupi malah kita tidak mampu untuk mengawal keinginan kita, maka mencari kerja sampingan adalah jalan yang terbaik. Jangan hanya bergantung pada gaji bulanan kerana ia tidak mencukupi. Mencari kerja sampingan ini membantu anda memenuhi segala keinginan anda.

Perkara-perkara sebegini biasanya bergantung pada individu terbabit, di mana adakah dirinya mempunyai kesedaran atau tidak. Maka sentiasa berhati-hati dalam menguruskan kewangan anda. Jangan biarkan hidup anda sentiasa menanggung hutang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 412,056 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen