Ingin Pergi Bercuti Setiap Hujung Tahun, Mungkin Anda Boleh Cuba Tips Ini.

 

Pergi merehatkan minda, serta menghirup udara dari kawasan yang berlainan sememangnya menyegarkan. Bahkan kalau boleh perkara sebegini mahu dilakukan setiap bulan agar kerja-kerja yang dilakukan akan sentiasa produktif.

Namun begitu, untuk keluar melancong setiap bulan pastinya akan memakan perbelanjaan yang banyak, malah tidak semua orang mempunyai kemampuan sebegitu. Tapi anda boleh pergi melancong setahun sekali namun ke tempat yang begitu memuaskan hati anda. Jangan risau, apabila anda pergi melancong pasti anda memikirkan setiap kos dan perbelanjaannya bukan?

Haa, disinilah kita nak kongsikan cara mencari kos dan perbelanjaan untuk pergi melancong pada awal tahun nanti. Apa yang penting ia sememang perkara yang memudahkan anda. Cuma nak dengan tak sahaja.

Perkara yang perlu dilakukan dahulu:



1. Menyusun perancangan.

Sebelum mula merancang mengenai kewangan, pasti anda perlu tahu ke mana anda hendak pergi bercuti, bila dan apa aktiviti yang akan anda lakukan. Barulah anda boleh lakukan persiapan yang secukupnya nanti.



i. Tentukan masa.

Apa yang paling penting untuk anda lakukan adalah tentukan masa bilakah waktu yang sesuai untuk anda pergi bercuti. Masa yang anda tentukan ini, adalah penentu berapa banyak wang yang akan anda kumpul dan berapa banyak yang mampu anda cari sepanjang tempoh tersebut.

ii. Tentukan tempat.

Perkara ini juga memainkan peranan penting, di mana anda perlu tahu ke mana hala tuju anda. Dengan ketahui perkara ini, anda juga boleh tahu berapa banyak wang perlu anda bawa ke tempat itu. Sebagai contoh, jika ke luar negara pasti lebih banyak wang yang perlu di cari dan disimpan bukan?

iii. Aktiviti yang bakal dilakukan.

Setiap aktiviti anda perlu tahu, mana tidaknya mungkin ada sesetengah aktiviti akan memerlukan kos tambahan, maka dengan itu anda mungkin perlu membawa wang yang lebih sedikit berbanding perancangan anda.

2. Siapkan budget.

Untuk sediakan budget bercuti ini, ia bergantung jangka masa yang anda tetapkan. Sebagai contoh dalam masa setahun, maka sepanjang tahun itu anda perlu berjimat cermat, menabung ataupun melakukan kerja tambahan.



i. Menabung.

Jika anda memilih untuk menabung, pastikan anda sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam melakukan kaedah ini. mana tidaknya jika anda tidak lakukan itu, sampai bila-bila pun anda tidak mampu untuk laksanakan perancangan anda itu. Menabung ini biasanya mengambil masa yang agak panjang, jadi pastikan anda bijak untuk mengendalikannya.

ii. Berjimat cermat.

Kaedah ini juga tidak lari jauh dengan kaedah menabung. Di mana anda perlu mengawal keinginan anda ke atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Buang segala sikap suka membazir anda dan pastikan anda sentiasa mendahulukan keperluan bukan keinginan barulah anda boleh mengumpulkan kewangan yang sesuai dengan rancangan anda.

iii. Membuat kerja tambahan.

Perkara ini mudah untuk menambah pendapatan anda tetapi agak memenantkan. Maka dengan itu, jika anda rasa anda sanggup untuk memerah tenaga anda dengan lebih lagi, boleh lah memilih kaedah ini. Anda pasti mampu miliki sejumlah wang yang diinginkan dalam jangka masa yang pendek jika menggunakan kaedah ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,636 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen