Antara Kata-Kata Motivasi Yang Membuat Ramai Orang Salah Faham. Hati-Hati!

 

Dalam menerima kata-kata motivasi atau nasihat daripada individu lain, terpulang pada minda kita untuk terima atau menolak. Akan tetapi apabila ia berkenaan dengan kewangan, pasti akan ramai terikut dan mudah terpengaruh kerana masyarakat seolah-olah mahu kaya dengan cepat dan pantas.

Mahukan jalan pintas mencari duit kerana merasakan ia lebih berkesan. Namun, jaga-jaga dalam menerima kata-kata motivasi seperti yang dikongsikan oleh saudara Azizul Azli

********

Madah Motivasi Yang Salah.

Kita selalu dengar motivasi betul ditempat yang salah oleh mereka yang nak sedut duit kita.

Mereka ini ada TIGA, sama ada pengusaha MLM , Skim Cepat Miskin atau Geng Jual Seminar Mahal.

1. "Sampai bila nak makan gaji"?

Sampai mati pun tak mengapa, ia bukan dosa. Katakan pada mereka pendapatan terbahagi pada 3 iaitu gaji, pasif & pelaburan.

Semua orang kaya ada ketiga ini baru berjaya.

2. " Hidup mesti berani"

Memang kena berani tetapi bukan buat pinjaman peribadi dan beri pada mereka, kononnya modal berniaga MLM & Skim Cepat Kaya.

Itu bukan berani, itu bodoh tapi nak jadi menteri.

3. "Kita mesti jadi umat yang kaya"

Memang benar sahabat nabi ramai yang kaya tetapi bukan dengan money game dan tipu wang anda.

Mereka jual agama dan lebai mereka bagi orang percaya.

4. "Bangsa lain ramai dah berjaya"

Betul sebab mereka rajin dan bijak berniaga, mereka tak pakai kereta mewah, bergambar atas bumbung dan berlagak kaya.

Orang kaya hidup sederhana tidak melaram dengan kereta

5. "Bantu ibubapa pergi umrah dikampung"

Guna emosi ibubapa buat kita mudah cair, himpun duit dan hantar ibubapa bukan masuk MLM baru nak kaya.

Yang mudah cair biasanya tak pernah bantu ibubapa.

Bahasa motivasi mereka tinggi agar kita mudah tertipu bagi yang tiada ilmu.

Gegadis paling mudah cair dengar madah cinta ini, apatah lagi bila yang datang pandu ferarri.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,461 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen