“Terlalu Banyak Pengorbanan, Apabila Lelaki Menjadi Seorang Bapa..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Apabila memikirkan untuk menamatkan zaman bujang, seorang lelaki terutamanya perlu ketahui pelbagai aspek akan berubah dan memerlukan pengorbanan. Saudara Najmi Nawawi telah berkongsi 5 aspek yang memainkan peranan penting dalam menjadi seorang bapa…

********

Apabila Seorang Lelaki Menjadi Ayah.

Kebapaan sememangnya mengubah hidup orang lelaki. Mana tidaknya, selepas mempunyai anak, otak orang lelaki akan dilengkapi dengan 'baby sense'. Jangan sangka para ibu sahaja yang mengalami perubahan ini.

Orang lelaki yang banyak bermain dengan anak akan lebih mudah untuk menunjukkan aturan cognitive dan emosi yang serupa seperti para ibu.

Orang lelaki yang sentiasa 'turut serta' dan memberi masa untuk bersama anak-anak akan lebih cenderung untuk mendapat kepuasan dalam kerjaya bahkan dapat membentuk keseimbangan 'kerjaya-keluarga' dengan sangat baik dan cemerlang.

1. Kesihatan.

Selepas orang lelaki menjadi ayah, pastinya akan lebih menjaga kesihatan diri. Ianya umpama memberi satu erti yang baru dalam kehidupan. Sebab itu, ayah-ayah ini akan lebih utamakan kesihatan dan kalau boleh memang mahu kekal sihat. Buktinya, ramai yang merokok boleh berhenti merokok.

2. Kerjaya.

Kerja keras untuk memastikan anak-anak mendapat secukupnya. Kajian menunjukkan lelaki yang sudah mempunyai anak, akan lebih bersungguh-sungguh dalam kerjaya. Pastinya, dengan menyedari tanggungjawab besar yang digalas, membuatkan para ayah akan lebih serius mencari rezeki.

3. Masa.

Sudah pasti, masa dirasakan lebih berbaloi jika diluangkan bersama keluarga berbanding kawan-kawan. Jika bersama kawan sekalipun, pasti hati sentiasa terfikir-fikir akan anak-anak dirumah. Rasa mahu pulang segera kerana rindu pada anak-anak.

4. Rajin.

Jika sebelum kahwin, sifatnya mungkin kurang rajin dan tidak suka untuk membuat kerja-kerja rumah. Namun semuanya berubah selepas mempunyai anak. Betul kata orang, kebapaan akan menyerlahkan sisi terbaik orang lelaki. Dulu, hanya fikir tentang diri sendiri sahaja. Sekarang kalau mahu mandi, makan, dan tidur semua fikir anak-anak dulu.

5. Lembut.

Kalau dulu, cepat 'triggered', ego dan mungkin suka bergaduh. Tetapi bila dah ada anak, lebih suka untuk lari dari pergaduhan. Bukan sebab takut, tetapi sudah menjadi lelaki yang matang dan banyak fikir tentang anak-anak.

Berlapang dada, dan lebih suka untuk mengalah dan memaafkan. Ini menjadikan mereka kelihatan lebih tenang dan bersahaja. Mungkin ini menjelaskan, kenapa lelaki semakin tua semakin menarik.

Apa-apa pun, bukan semua orang lelaki akan berubah 100% dengan cepat setelah mempunyai anak. Ada orang lelaki mungkin perlukan masa lebih sedikit untuk berubah.

p/s : And, honestly, you won't even mind the changes because the biggest change is your biggest reward: your kid.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,191 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen