Sebelum Nak Berlaku Curang Itu, Cuba Suami-Suami Pandang Cermin Sampai Retak Hingga Menginsafi Diri.

 

Suami sudah berbahagia dengan yang baru, isteri pertama pula yang terpaksa menjadi mangsa penipuan si suami. Si isteri lah yang menahan segala rasa, sudah lah ditipu wang ringgit tahu-tahu kesetiaannya juga dicurangi oleh si suami.

Tidak faham dengan suami yang berperangai sebegini, langsung tiada rasa belas ehsan terhadap isteri itu. Mereka ini sanggup bersusah senang bersama anda, malah tidak sanggup membiarkan anda kesusahan tetapi akhirnya dibalas sedemikian rupa. Sungguh sedih yang tidak terhingga.

Buat suami-suami di luar sana itu, baca perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini, jangan sesekali lepaskan bidadari yang telah ada di depan mata hanya kerana ingin mengapai yang lebih bagus dari itu.





Bidadari Sebenar Di Alam Sana.

1 – Isteri.. Bila suami mahu pinjam wang, buat hitam putih. Berapa jumlah pinjaman? Bila dipinjam? Mahu dipinjam untuk tujuan apa? Bayaran baliknya bagaimana?

2 – Bahaya weeeii… Ingatkan suami nak pinjam untuk mengembangkan harta, rupanya untuk mengembangkan umat pula. #apeni?

3 – Jangan salah faham.. Ini bukan status menolak poligami. Ini status menolak penipuan terhadap isteri.

4 – Simple je. Kalau diberitahu.. Sayangggg… pinjamkan abang RM500,000 nak kawin satu lagi? Agak-agak isteri nak bagi?

5 – Jika kita bercita-cita besar, hati perlu berani. Bukan tipu isteri lagi dan lagi. Isteri kecewa bang… Alang-alang gagah tahap hulubalang, biar berani untuk berterus terang.

6 – Rasa nak kawen lagi, pandang cermin sampai retak hingga kita menginsafi diri. Tulis jumlah kekayaan masa hari pertama hingga hari wajah isteri mula berkedut di muka.

8 – Tulis juga senarai berapa titik peluh dan airmata isteri melahirkan zuriat dan mengorbankan usia muda dia? Isteri tak sempurna, tapi kitapun bukanlah Shah Rukh Khan mana… Nak kaya tahap Dato Alif pun jauh lagi! Nak capai tahap berpengetahuan agama level Ustaz Ebit Liew pun tak tahu bila!

7 – Boroi tak apa bang.. Tapi biarlah semakin hari semakin ditambah solat Dhuha dan solat taubat sepertiga malamnya. Buruk weiiii bila miang keladi. Semakin tua semakin di ingat keinginan hati muda semata-mata.

8 – Akak faham. Kebanyakan suami suka jika berpeluang dan mampu menambah isteri. Jika layak, silakan saja, tapi jangan hingga mengkhianati kepercayaan isteri yang sedia ada.

9 – Fikir masak-masak. Mahu menambah wanita atau menambah bekalan akhirat sana? Mana lebih utama pada saat bertambah bilangan usia?

10 –Jangan kerana nikmat dunia yang sementara, kita sanggup melepaskan BIDADARI SEBENAR DI ALAM SANA.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen