"Bahagia Tengok Keluarga Ini" Bakal Tunai Umrah Bersama, Netizen Puji Keluarga Besar Ini.

 

Kebahagiaan dan keakraban di antara keluarga Norman Hakim serta isterinya Memey Suhaiza dan Abby Abadai serta suaminya Mohd Faizal sememangnya menjadi inspirasi buat sesiapa sahaja. Mana tidaknya, dua keluarga besar ini kelihatan penuh dengan kasih sayang dan rasa bahagia.

Ke mana sahaja mereka pergi pasti akan sentiasa sepakat termasuklah dalam menguruskan anak-anak. Tidak hairanlah sekiranya netizen, melebalkan mereka ini sebagai keluarga contoh.



Baru-baru ini, Norman Hakim bersama keluarga besarnya dikatakan akan menunaikan umrah bersama-sama.

Sebelum berangkat ke tanah suci, mereka telah mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran bagi memberkati perjalanan mereka nanti.

Majlis yang belangsung itu kelihatan sederhana tetapi ia penuh meriah, apabila ia dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan.

Bukan itu sahaja, dengan bertemakan putih bersih ini, keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi kelihatan cukup manis dan sopan dalam persalinan masing-masing.





Selain doa selamat, keluarga besar ini juga turut meraikan dan memberi kejutan kepada Memey untuk ulang tahun kelahirannya.



Rata-rata pengikut keluarga besar ini memuji kasih sayang dan kehidupan harmoni di antara keluarga ini.




Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen