“Terimalah Menantu Seadanya, Walaupun Dia Bukan Pilihan Anda..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Pada masa kini, masih juga terdapat situasi dimana ibu mertua sukar untuk menerima anak menantu seadanya. Demi untuk melihat anak-anak bahagia, sanggup membuat apa sahaja supaya anak sendiri menerima calon pilihan hatinya. Namun, sekiranya anak berkahwin dengan pilihan sendiri, tidak pula gemar pada anak menantunya.

Sering meminggirkan anak menantu…

Sering mengabaikan anak menantu…

Sering memperkecilkan anak menantu..

Hanya kerana dia bukan pilihan hati ibu mertua sendiri.

Namun, sebagai insan biasa yang sudah bergelar ibu/bapa, jangan membebankan emosi anak-anak sekiranya anak menantu bukan pilihan hati atau bukan anak menantu favorite. Terima anak menantu dengan perlahan-lahan dan jangan terus menghukum kerana ia adalah pilihan anak anda sendiri, seperti perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini…

********

“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yang mak impikan, yang mak bayangkan, yang mak harapkan, tapi dia pilihan saya”

“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya, dan saya harap, mak pun sama, dapat terima…”

Entah kenapa…masih ada segelintir mertua yang tak dpt menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yg merupakan pilihan anaknya sendiri…buah hati anaknya…cinta anaknya…

“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia tak boleh tidur…

“Kenapa bini kau balik keje lewat?” dia ada meeting mak, pastu jem, sebab tu dia lewat sampai…

“Kenapa bini kau duduk dalam bilik” dia menyusu anak mak, tak kan nak menyusu kat ruang tamu, abang nampak nanti…

Kenapa…kenapa…kenapa…

Banyak perkara yang mertua boleh persoalkan semata-mata untuk mencari kesalahan si menantu…

Kadang-kadang ada yang sengaja menyalahkan menantu atas sebab-sebab yang tidak logik dek akal. Kesalahan yang sengaja diada-adakan, dibuat-buat unutk menampakkan buruk si menantu, untuk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu…atas alasan, dia tak suka menantu itu, dia tak sebulu dengan menantu itu, dia tak expect yang dia akan dapat menantu mcm tu…

Expectation dia lebih tinggi...

Tolong terima menantu anda seadanya dirinya…

Itu pilihan anak anda dan bukannya anda…

Anak anda yang bakal berkongsi hidup dengannya, dan bukannya anda…

Tolong jangan membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA…

Image may contain: one or more people, eyeglasses and closeup

********

Semoga Dijadikan Iktibar dan Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,877 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen