“Jika Ibu Bapa Terlalu Sibuk Anak-Anak Akan Berasa Kesunyian..” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Dalam mendidik dan menjaga anak-anak, para ibu bapa pasti akan berasa bersalah. Bersalah sekiranya jika memberi perhatian anak-anak akan menjadi manja dan dipijak. Jika bertindak tegas dalam sesuatu perkara, anak-anak akan bertambah degil.

Namun, semua gaya didikan tersebut sebenarnya adalah jangkaan ibu bapa yang mahukan anak-anaknya terbentuk.

Sebagai contoh jika ibu bapa mahukan anak-anak yang baik, jadi ibu bapa akan mendidik anak menjadi lebih baik dengan memberi kata-kata semangat. Ini yang cuba dikongsikan oleh saudara Najmi Nawawi berkenaan kekeluargaan…

********

Bisikan Hati Ibu Bapa.

Di sebalik setiap orang anak yang mempercayai diri sendiri, terdapat ibu bapa yang mempercayainya terlebih dahulu.

Ibu bapa inilah yang tahu bahawa mereka tidak boleh mengajar anak mereka untuk 'behave' dengan membuatkan mereka 'feel worse'. Namun mereka akan buat anak mereka 'feel better' untuk pastikan mereka 'behave'.

Anak ini sebenarnya mengisi satu ruang penting di dalam hati kita, yang kita tidak sedar selama ini ianya 'kosong'. Sangat berharga. Maka layanlah anak, umpama anak ini sudah menjadi seseorang yang kita percaya satu hari nanti dia akan jadi.

Jika kita terlalu menghukum. Anak akan pandai menipu.

Jika kita tidak adil. Anak akan menanam dendam dan benci.

Jika kita lupa memberi kata semangat. Anak akan hilang keyakinan diri.

Jika kita suka maki hamun. Anak akan jadi kurang ajar.

Jika kita kurang bercakap. Anak akan jadi seorang yang pasif.

Jika kita lupa agama. Anak tidak akan kenal hidup bertuhan.

Jika kita tidak memberi. Anak akan menjadi seorang yang kedekut.

Jika kita meninggi suara. Anak akan hilang sifat hormat.

Jika kita tidak ikhlas. Anak akan terkesan jiwa dan emosi.

Jika kita tidak memuji. Anak akan cepat marah.

Jika kita bertindak kejam. Anak akan jadi pembuli.

Jika kita memberi ugutan. Anak akan jadi pengecut.

Jika kita bermalasan. Anak akan lemah, lesu dan tidak bertenaga.

Jika kita tidak peduli. Anak akan cepat rasa cemburu.

Jika kita kurang kasih sayang. Anak tidak akan peduli tentang kita.

Jika kita terlalu sibuk. Anak akan jadi seorang yang kesunyian.

Terlalu banyak 'jika' yang perlu kita renungkan. Berat, sukar dan mungkin akan mengambil masa untuk kita perbaiki diri. Kerana berputus asa itu tidak berada di dalam pilihan apabila terdapat yang memanggil diri kita 'mommy' dan 'daddy'.

P/s : Ketahuilah, sangat penting untuk kita, ibu bapa mempunyai salah satu goal as parents : raise children that don't have to recover from their childhood. Cukup.

********

Semoga Dijadikan Iktibar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,735 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen