“Sukar Untuk Maafkan Orang Yang Pernah Kecewakan Kita, Namun Mulakan Lah Kehidupan Baru..”

 

Berkenaan dengan hati dan perasaan ini, ianya selalu berlaku pada mereka yang sedang hangat bercinta. Namun, akhirnya tidak kesampaian dan menemui perpisahan. Akan tetapi boleh jadi juga pada rakan atau sahabat yang membuat kita kecewa dan akhirnya terputus hubungan. Atau hubungan adik-beradik yang terputus akibat masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan.

Orang yang membuat kita kecewa ini adalah individu yang negatif dan mampu mengheret kita masuk ke dalam dunia yang penuh dengan negatif. Oleh itu berhenti membuang tenaga dengan individu ini seperti perkongsian dari saudara Syafiq Ridhwan ini..

********

Kalau kau tanya aku, macam mana cara nak memaafkan orang yang telah membuat kau kecewa paling dalam.

MEMBERI RUANG PADA DIRI SENDIRI.

Satu-satunya cara untuk memaafkan adalah dengan memberi ruang dan masa kepada diri kau untuk pulih. Dan aku tahu, benda ni tak akan pulih dalam masa sekejap. Ia tak akan pulih dalam masa semalaman.

Ia mengambil masa yang sangat perlahan. Yang kau sendiri tak akan sedar bahawa ia berjaya menjadikan kau orang yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

Ia seolah-olah macam kau melangkah dua langkah ke hadapan, kau runsing, dan kau patah balik empat langkah ke belakang. Dan kadang-kadang kau rasa, ianya tak berguna langsung.

Tapi sebenarnya, makin pantas masa berjalan, makin kau dewasa, kau akan menyedari yang kau semakin kuat. Kau lebih mampu berdikari tanpa berpaut pada orang lain. Walaupun kau sendiri tak perasan yang kehidupan kau menjadi semakin baik.

Maafkan dia, dan fokuslah dengan diri kau.

BERHENTI MEMBUANG TENAGA DAN MOVE ON!

Berhenti membuang tenaga. Tinggalkan. Lupakan. Mulakan kehidupan yang kau sendiri inginkan satu tika dulu. Kau boleh mula membaca buku-buku kegemaran kau. Keluar dengan kawan-kawan baik, ketawa bergembira, mengingati setiap momen yang positif, yang menjadikan kau orang yang sentiasa bersyukur dengan kehidupan.

Beritahu kepada hati sendiri, mungkin inilah masanya untuk berehat dari memberikan perhatian kepada orang yang tak perlu. Percayalah, kau pasti akan mengetahui cara untuk tersenyum kembali.

Tarik diri kau dari situasi tu. Semakin lama kau diami dalam dunia tu, kau akan kekal duduk dalam keadaan sakit. Tertekan. Stress. Ia sangat sukar, tapi kau tetap kena mencuba.

BELAJAR UNTUK MENERIMA HAKIKAT.

Memaafkan ini tak akan membuatkan rasa sakit ini hilang sepenuhnya. Tidak membuatkan kau terus beranggapan yang semua orang baik. Dan ini tidak bermakna yang kau melupakan kesakitan ini sama sekali. Tak.

Kau cuma menerima hakikat yang kehidupan ini tiada putaran semula. Yang dah berlaku, telah berlaku. Kau tak akan mampu mengulang kembali. Kau faham benda itu. Kau hanya boleh kekal jalan terus ke hadapan.

Maafkan mereka. Peroleh semula kehidupan yang kau mahu.

Kerana apa,

Kerana kehidupan ini jauh lebih besar nikmatnya, berbanding rasa kecewa, seorang manusia yang melukai kau.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,467 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen