Kehidupan Yang Bahagia Itu....

 

Dalam hidup kita ini ia umpama pusingan roda, kadang di atas kadang di bawah. Sama juga dengan apa yang kita lalui hari-hari, kadang bahagia kadang rasa kurang bahagia atau kadang rasa bersedih. Tidak kisahlah apa yang berlaku dalam hidup kita, hidup itu perlu diteruskan. Bahkan bahagia itu juga datang dalam pelbagai bentuk.

Cuma kita sahaja yang tidak tahu adakah ia bahagia atau sebaliknya. Adalah lebih baik apabila kita ini sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dalam hidup kita.

Sesetengah orang mungkin lalui kehidupan bahagia mereka sebegini, ataupun sebegitu.

Kehidupan yang bahagia itu boleh jadi dengan…



Jika kita tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika kita tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika kita tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika kita tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika kita tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika kita tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika kita tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Pokoknya bahagia itu adalah bilamana kita benar-benar menghayati erti bersyukur.

In shaa Allah.

Semua perkara yang berlaku dalam hidup kita itu adalah satu kebahagiaa. Cuma kita sahaja yang tahu bersyukur atau tidak. Jika tidak, maka kurang bahagialah yang dirasainya begitu juga sebaliknya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,308 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen