"Teguran Dan Nasihat Isteri Itu Datang Dari Allah..."

 

Setiap wanita mahukan seorang suami yang baik di mana suaminya itu seorang yang bertanggungjawab, memahami serta mampu membimbingnya ke arah kebaikan. Sebab itulah ramai yang sentiasa memperingatkan bahawa berhati-hati dalam mencari calon suami. Ini kerana, seorang suami belum tentu mampu mendengar dan menerima teguran si isteri jika hendak dibandingan seorang suami yang menegur isterinya.

Kadang kala jadi suami ini jangan terlalu ego atau terlalu bangga diri hanya kerana anda merasakan anda ketua keluarga, itu bermakna tiada siapa patut menasihati anda. Mari baca sedikit perkongsian dari saudara Firadus Shakirin ini, mana tahu ia membuka mata suami-suami di laur sana.



"Teguran isteri, nasihat isteri itu datang dari Allah..."

Allah detikkan hati isteri untuk menegur suami, menasihati suami...

Hidup berumahtangga, tanggungjawab itu bukan datang dari seorang sahaja iaitu suami tapi kedua-duanya sekali, suami dan isteri. Kalau si suami kurang akalnya, Allah hadirkan isteri yang lebih akalnya untuk membantu dan memberi nasihat dalam menguruskan rumahtangga...

Tolong jangan anggap teguran isteri dan nasihat isteri itu sebagai satu bentuk arahan sehingga kita rasa tercabar dan tercalar ego kita sebagai seorang suami dan kita mahu mempertikaikannya dengan mengatakan itu 'queen control'...
Ada sesetengah manusia tak boleh menerima teguran dan nasihat...

Sebab apa? EGO dia setinggi langit...Dia rasa dirinya betul, tak nak akui kesilapan dirinya sendiri...Ego tinggi-tinggi tu nak terbang ke mana? Ambil teguran dan nasihat isteri tu, hadam, kita jangan rasa diri kita ja betul...

Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana masih ada yang sudi memperbetulkan kesalahan kita, memperbaiki kelemahan kita dan menutupi kekurangan kita dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami...

Ini juga teguran daripada Allah...

Ingat, Allah ciptakan manusia ni tak sempurna. Kerana itulah dia hadirkan seseorang yang berlainan sikap supaya rumahtangga itu saling melengkapi antara satu sama lain...

Teguran isteri dan nasihat isteri sama sekali tidak akan mencalarkan ego kita...sebab dengan ego, kita takkan ke mana...kita akan rugi...ego takkan pernah memberikan kita kebahagiaan...bila ego, kita cuma puaskan hati dan diri sendiri dan akhirnya, kita juga yang menyesal...

Itupun kalau rasa "menyesal"

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,552 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen