Jika Ada Krisis Dengan Pasangan, Lakukan 5 Formula Ini Confirm Cepat Berdamai.

 

Pergaduhan atau perselisihan faham adalah perkara yang biasa di dalam sesuatu perhubungan. Kata orang 'kalau tak bergaduh tiada kemanisan la dalam sebuah hubangan itu', tetapi apa yang ditakuti adalah pergaduhan yang kecil akan bertukar menjadi pergaduhan yang besar dan seterusnya mengakibatkan pertengkaran, mencederakan dan yang paling teruk adalah berlakukanya pengakhiran sesebuah hubungan itu.



Jadi kami kongsikan 5 tip yang patut korang praktikkan bagi mengelak dari pergaduhan menjadi panjang dan besar.

1. Jangan saling menyalahkan.

Berhenti daripada tuduh menuduh menyalahkan orang lain hingga menyebabkan hubungan menjadi renggang dan asing. Terbukti tiada kesudahannya jika hal ini terus dicanang malah memburukkan lagi keadaan.

2. Ini bukan soal 'aku' tetapi 'kita'.

Fikirkan setiap tindak tanduk yang dibuat bukan hanya tentang diri anda sendiri malah sewajarnya dalam satu perhubungan harus melibatkan 'kita'. Sebarang keputusan yang dibuat tentang mencari penyelesaian konflik dalam hubungan, utamakan 'kita' pasti konflik dengan mudah dapat diselesaikan secara aman.



3. Tanya diri sama ada ingin bahagia atau dilihat benar.

Ada kewajarannya bertanya dengan diri sendiri. Adakah pergaduhan di dalam keluarga ini harus diteruskan bagi menunjukkan siapa yang benar walaupun hati dan perasaan terasa sakit menanggungnya. Atau adalah lebih baik beralah yang mana kesudahannya anda berasa tenang dan bahagia.

4. Berbincang.

Jalan terbaik dalam berhadapan dengan konflik keluarga adalah melalui rundingan. Kedua-dua belah pihak bebas dan terbuka untuk menyampai rasa tidak puas hati dengan matlamat untuk memperbaiki hubungan dan bukannya mencari salah siapa.

5. Sedar kita semua manusia biasa.

Setiap manusia ada kelemahannya yang tersendiri. Terimalah kekurangan dan kelemahan tersebut dan bersama-sama berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Pasti kerukunan dapat di kecapi dalam hubungan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen