22 Nasihat Untuk Ibubapa Yang Punyai Anak Lelaki Berumur 9 Hingga 12 Tahun - Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

 

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Jadi untuk memastikan bahawa anak-anak kita ini mempunyai masa depan yang baik dan lebih cerah, maka kita sebagai ibu bapa perlu lah memainkan pernanannya terutama dalam memberi pantuan dan kasih sayang yang secukupnya.

Anak-anak yang meningkat dewasa ini masih lagi mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang begitu kuat, jadi apabila ia berada dalam pantuan ibu bapa, maka tingkah lakunya itu mungkin akan sedikit terkawal.



Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:



1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.

2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam beberapa subjek di sekolah. Namun, anak-anak kita tak dapat relate perkara itu dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.

3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah mimpi melakukan hubungan seks (itupun jika guru di sekolah menggunakan term mimpi buat seks, kalau ditukar pada perkataan yang lain, lagi mengelirukan mereka).

4. Oleh yang demikian, ada di kalangan remaja lelaki sekolah menengah yang mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani.

5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Anak-anak kita akil baligh bukan melalui proses yang sebenar. Bukan mimpi basah, tetapi mengeluarkan air mani sendiri.

6. Kenapa hal ni boleh berlaku? Mereka telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah menonton video pornografi.

7. Istilah ‘melancap’ bukan lagi asing di kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perbuatan itu melucukan dan mereka tahu ada kawan-kawannya yang sudah buat benda itu.

8. Kasihan bila mengenangkan adik-adik lelaki yang saya jumpa naif sebegini. Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah serta melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu juga salah satu jalan permulaan akil baligh bagi seorang lelaki.

9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Akses porn sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan, atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau juga video lucah yang disimpan oleh seorang bapa dalam smartphonenya sendiri.

10. Sebagai ibubapa yang mahu berperanan, kita wajib ingatkan awal pada anak-anak akan hal ini. Kaitkan akil baligh dengan perlakuan menonton porn, air mani dikeluarkan dengan cara yang salah, persoalan mandi wajib hinggalah kepada praktikalnya. Takkan hal semacam ini kita nak harapkan 100% ustaz ustazah atau cikgu sekolah untuk ajar?

11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Aku cerita tentang budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Kau tak pernah bayangkan ke bagaimana nasib mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Onani dan menonton porn berkait antara satu sama lain. Ia akan menyebabkan ketagihan. Kau nak ke budak kecil ini membesar menjadi OKU seksual yang mandul?

12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, aku nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.

13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.

14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.



15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Kena pantau! Ingat, sekali lagi saya ulang, SILA PANTAU! Siap capslock lagi tu. Ia penting.

16. Kenapa saya kata ia penting? Sebab ramai ya amat budak lelaki yang baru akil baligh di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting. (Budak perempuan pun ada sebegini. Saya akan ulas pasal mereka pada post akan datang).

17. Bab ketiak satu hal. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa dan paling penting kena cerita hal bulu yang tumbuh.

18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang sangat salah! Nampak tak, siap tanda seru tu. Sebab ini hal serius.

19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh buat tocang? Huhu

20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.

21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.

22. Sebab itu Islam suruh kita ajar anak solat ketika umur 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Bahasa paling mudah untuk ajar anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.

Ok, setakat ini sahaja. Saya rasa cukup sekadar 22 point ini. Jika bermanfaat, tag nama pasangan atau kenalan anda. Mohon share agar ramai mak ayah yang baca nanti. Mari kita jadi ibubapa yang dimaksudkan oleh Saidina Umar:


“Mendidik anak mengikut zamannya.”


Wallahuallam.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Tukang Ceramah Anak Kau Orang di Sekolah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen