Penting! Nanti Dah Kahwin, Lelaki Perlu Belajar Banyak Bersabar Melalui 5 Perkara Ini.

 

Apabila sebut sahaja tentang rumah tangga, pasti sikap bersabar akan ditekankan pada golongan isteri sahaja, padahal sikap sabar ini untuk kedua-dua belah pihak, bukan seorang. Sudah sedia maklum, bahawa tanggung jawab suami lebih besar daripada seorang isteri, maka suami juga perlu tanamkan sikap sabar yang berganda daripada seorang isteri.

Jangan harapkan isteri seorang sahaja yang perlu bersabar.

Bagi lelaki yang mahu ke jinjang pelamin, atau lelaki yang sudah bergelar suami harus pupuk sikap sabar dalam diri melalui banyak perkara iaitu…

1. Melalui isteri.

Isteri. Seorang wanita yang anda tagih kasih sayang sejak awal perkenalan. Seorang wanita yang anda bersungguh-sungguh melamar untuk dijadikan sebagai isteri. Munculnya isteri dalam kehidupan anda adalah untuk melenturkan ego seorang suami, bahkan sememangnya untuk menjadikan seorang lelaki lebih penyabar.

Jika anda boleh bersabar sehingga menghalalkan hubungan, kenapa tidak boleh bersabar dengan kerenah kecil si isteri?

Lebih banyak komitmen, lebih banyak kerenah si isteri, suami juga perlu lebih banyak bersabar. Lumrah hubungan perkahwinan.

2. Melalui anak-anak.

Apabila dikurniakan cahaya mata. Dari sini lelaki perlu banyak bersabar kerana menjalankan tanggung jawab sebagai seorang bapa. Ia umpama anda sedang bertemu dengan diri anda sendiri, mahupun isteri tetapi versi anak kecil. Sekiranya anda tidak boleh bersabar, fikir kembali bagaimana ibu bapa anda sendiri hadapi kerenah anda ketika kecil.

Ingat! Anak-anak adalah acuan daripada ibu bapanya sendiri.

Anak-anak pun banyak kerenah seperti:

  • Memberontak/tantrum.
  • Merengek.
  • Menuntut permintaan.
  • Kemudian kerenah tidak mahu ke sekolah.

3. Melalui ibu/bapa mertua.

Bukan sahaja perlu bertanggung jawab dengan isteri tersayang, tetapi jangan lupa untuk menjaga ibu bapa mertua juga. Kasih sayang perlu diagihkan dengan ibu bapa kandung, isteri dan ibu bapa mertua. Tersilap langkah, terlebih beri kasih sayang pada yang lain, ada pula yang merajuk.

Jika tidak bijak mengambil hati ibu bapa mertua, secara tidak seda telah melukakan hari mereka. Jika nasib dapat ibu bapa mertua yang tidak memahami keadaan dan situasi anda, mula diperkecilkan dan dipersendakan kerjaya.

4. Melalui masalah kewangan.

Dan masalah yang biasa dalam rumah tangga adalah berkenaan dengan kewangan. Sebagai contoh apabila diperkecilkan oleh ibu bapa mertua, mula merenung masalah kewangan untuk memperbaiki diri. Dari sini sahaja,ia bakal mendorong rumah tangga anda pada pergaduhan suami isteri. Jika tidak bijak mengendalikan emosi, pasti sukar menemui solusi.

Banyakkan bersabar apabila dilanda masalah kewangan. Oleh sebab itu, baiki hubungan dengan Allah melalui solat, kemudian baiki hubungan dengan ibu bapa kandung dan mertua, malahan bersama isteri. Barulah dilimpahi rezeki yang berkat.

5. Melalui adik-beradik sendiri.

Kelihatan begitu kecil kelompok ini dan seperti tiada masalah, namun tiada siapa dapat menjangka masa depan. Adik-beradik juga memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga anda kerana secara tidak sedar terlibat dalam masalah keluarga, terutamanya isu yang berkaitan dengan kewangan.

Seperti:

  • Berhutang.
  • Dah berhutang sukar pula bayar balik.
  • Jadi penjamin yang bakal kena blacklist.
  • Mengejar harta benda melalui faraid dan wasiat.
  • Perlu menanggung adik-adik sekiranya anda adalah anak sulung.

Secara tidak langsung akan memberi impak pada rumah tangga anda, isteri anda tertekan, anak-anak terabai, terlibatnya kedua ibu bapa juga. Kembali pada point 1 yang asal sehingga lah point 5, berterusan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,611 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen