Apakah Personaliti Teman Lelaki Anda Melalui Gaya Rambutnya? Jom Baca!

 

Jika rambut bagi golongan wanita adalah lambang mahkota diri yang perlu dijaga, apa kurangnya juga bagi golongan lelaki. Lelaki juga amat mementingkan gaya rambutnya supaya kelihatan kemas dan sedap dipandang oleh para wanita. Kadang-kala dengan gaya rambutnya juga mampu untuk menggoda seorang wanita.

Bagi para wanita yang memiliki kekasih atau suami yang mementingkan gaya dan mengikut trend rambut semasa, jom lihat personaliti mereka melalui gaya rambutnya…

1. Rambut Panjang dan lurus.

Rambut panjang dan lurus untuk gaya lelaki, kadang-kala merimaskan kaum wanita kerana kelihatan seperti tidak terurus. Akan tetapi, rambut sebegini sebenarnya lebih cantik berbanding dengan rambut wanita. Lelaki yang lebih gemar gaya rambut sebegini, dan kadang-kala mengikat seperti sanggul atau dipanggil man-bun adalah seorang yang mengikut trend semasa.

Lelaki ini juga dilihat sebagai seorang yang hipster dengan cara pemakaiannya yang up to date. Mereka lebih santai, tidak suka perkara yang terlalu serius dan juga seorang yang kreatif.

2. Rambut panjang dan kerinting.

Gaya rambut sebegini juga mengundang rasa cemburu di hati golongan wanita kerana ia sangat seksi bagi pandangan mereka. Jika gaya rambut sebegini yang dimiliki oleh seorang lelaki, pasti mereka mempunyai ramai rakan dari golongan wanita, kerana dilihat sebagai seorang yang ceria dan pandai memeriahkan suasana.

Lelaki ini dilihat sebagai seorang yang menyeronokkan, namun hati-hati kerana mereka juga ada limit dan seorang yang cerewet sebenarnya.

3. Potongan askar.

Mudah dijaga, ringkas dan kemas. Namun, tidak semua wanita suka lelaki dengan gaya potongan sebegini kerana ia dilihat sebagai seorang lelaki yang skema dan hanya mengikut protokol. Namun, lelaki sebegini sebenarnya mudah dijaga kerana mereka bukan seorang yang cerewet. Mereka juga dilihat seorang yang sangat aktif dan produktif, seolah-olah tidak boleh duduk diam.

Malah, lelaki ini tidak suka keadaan yang merumitkan, apatah wanita yang mengada. Jika anda mempunyai teman lelaki atau suami yang gemar potongan sebegini, straight forward sahaja, jangan terlalu berkias dalam berbahasa.

4. Belah tepi.

Potongan rambut klasik ini, dilihat sebagai seorang lelaki yang masih mengekalkan tradisi lama. Klasik tetapi elegen. Lelaki ini dilihat sebagai seorang yang sentiasa mengikut peraturan dan mahu keadaan yang teratur atau organize. Seorang yang sangat bertanggung jawab dan berfikiran rasional dalam apa jua situasi. Lebih bijak memberi solusi dan ia menjadi punca ramai individu mahu berdamping dengan dirinya ketika dilanda masalah.

Lelaki ini juga dilihat sebagai seorang yang mampu dijangka dan telah menyebabkan sebahagian daripada wanita bosan akan dirinya. Oleh sebab itu, lelaki dengan daya rambut sebegini sukar merebut cinta wanita.

5. Potongan Fade.

Potongan rambut sebegini adalah trend terkini untuk golongan lelaki. Ramai dikalangan lelaki gemar potongan sebegini kerana senang dijaga, namun tidaklah skema seperti potongan askar. Masih ada gaya orang kata. Walaupun kelihatan macho dan kacak bagi pandangan wanita, namun mereka mempunyai perasaan cemburu yang melampau.

Malah, personaliti lelaki ini juga seorang yang mudah mendapat perhatian daripada ramai wanita, terutamanya potongan rambut yang sesuai dengan wajahnya yang kacak.

6. Bangs ala-ala kpop.

Potongan rambut sebegini sering lihat pada mereka yang gemar dengan gaya kpop. Ia sangat popular di Korea kerana kaum lelaki dilihat sebagai seorang yang comel dan sentiasa dapat menawan hati wanita. Dengan wajahnya yang comel, mereka juga dilihat seorang yang sentiasa menjadi perhatian.

Mereka dilihat sebagai seorang yang penyayang dan sangat mengambil berat wanita yang mereka cintai. Namun sebenarnya, mereka adalah seorang yang degil dan mahu orang menurut katanya sahaja.

Yang Mana Satu Gaya Rambut Teman Lelaki Anda? Sekadar hiburan semata-mata.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,306 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen