"Usia Emas Ibu Bapa, Lubuk Pahala Bagi Kita."

 

 Semasa kita kecil, kita adalah tanggungjawab kepada ibu bapa kita. Mereka ini yang menjaga, mendidik, mengasuh serta menjadikan siapa kita pada hari ini. Jasa mereka ini terlalu lah besar sehingga kita tidak mampu membalas kebaikan yang telah dirinya lakukan pada kita.

Apabila kita semakin meningkat dewasa, kita semakin sibuk dengan dunia kita sendiri. Malah ibu bapa kita pula semakin menua, yang mungkin bila-bila masa sahaja akan pergi meninggalkan kita. Cuba imbas kembali, bila kali terakhir kita pulang ke kampung?

Adakah satu bulan yang lalu? Adakah minggu lalu? Adakah 3 bulan yang lepas?



Berapa banyak masa yang kita luangkan masa untuk dirinya? Adakah kita ini mendengar luahan hatinya dengan baik? Ataupun kita sekadar pulang ke kampung dan tidur sepanjang hari di bilik?

Ramai yang mensia-siakan masa bersama ibu bapa mereka kerana ramai yang tidak sedar, semakin ibu bapa kita dimamah usia, di situlah terkumpulnya lubuk pahala buat diri kita ini. Banyak anak-anak yang tidak tahu dan banyak yang tidak sedar akan perkara ini. Mari ikuti perkongsian ini.



Apabila bercakap tentang tanggungjawab terhadap ibu bapa, saya pernah mendengar satu ceramah berkenaan hal ini daripada video yang telah diterbitkan oleh IluvUAllah. Diceritakan bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata,

“Aku membersihkan ibuku Wahai Rasulullah (sebagaimana ibuku pernah membersihkanku), adakah ini dianggap ‘bir walidayn’ (berbuat baik kepada ibu bapa)?”

Rasulullah menjawab ‘bukan’. Tindakan itu hanya ‘mukafa’ah’ iaitu melakukan perbuatan yang sama seperti mana dia pernah melakukannya. Ia seperti membalas balik. Dalam erti kata lain, ia masih belum cukup.

Antara intisari pesanan tentang tanggungjawab kepada ibu bapa merangkumi – cara bercakap, berurusan dengan mereka apatah lagi soal penjagaan apabila mereka telah di usia senja. Malah dalam ayat di bawah disebutkan dalam lafaz yang jelas dan satu persatu: ‘Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua’, bukan dalam lafaz yang umum ‘ibu bapa’ sahaja.

Firman Allah SWT:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”(Surah al-Isra’: 23)

Imam al-Baidhawi berkata: “Maksud di sisimu (عِندَكَ) ialah hendaklah kedua-dua ibubapa dalam pemeliharaan kamu.”

Malah terdapat ayat penegasan dan ancaman yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW tentang akibat menderhakai ibu bapa. Hukuman dan balasan buat mereka yang menderhakai ibu bapa telah tersedia di dunia. Hukuman segera!

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ
Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.”Riwayat al-Hakim (7263) dan al-Munziri (3/302)

Usia emas ibu bapa merupakan lubuk pahala bagi kita. Jika kita tidak mampu berada di hadapan mereka untuk menjaga mereka setiap masa – maka berbincanglah secara telus dengan adik beradik yang lain. Tanggungjawab menjaga ibu bapa perlu dijalankan bersama. Buatlah jadual atau sistem giliran supaya setiap anak-anak merasa bertanggungjawab dan punya peluang untuk berkhidmat buat mereka.


Sabda Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma:

رِضَاءُ اللَّهِ فِي رِضَاءِ الْوَالِدِ ، وَسَخَطُ اللَّهِ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Allah redha dengan sebab redha kedua ibubapa dan Allah murka dengan sebab murka kedua ibubapa.” – Riwayat al-Tirmizi (1899), Ibn Hibban (429) dan al-Hakim (7249).

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen