Nak Jadi Ayah Ini Kena Banyak Bersabar, Kuat Tahan Sakit & Bijak Kawal Emosi Kata Lelaki Ini.

 

Bagi seorang lelaki, menjadi seorang suami pasti sudah merasakan ia satu tanggungjawab yang berat bukan? Ini kerana sikap isteri yang sememangnya kadang manja, kadang garang, kadang tidak terkawal itu sudah cukup memeningkan kepala. Tetapi bagaimana jika bergelar ayah pula. Sudah menjadi suami sudah pasti mahu menjadi seorang ayah juga bukan?

Cabaran menjadi seorang ayah ini juga besar tanggungjawabnya. Sudah pastilah ayah merupakan contoh kepada anak-anaknya. Seperti orang dulu-dulu kata, masa anak dalam kandungan perangainya mirip ibunya tapi ketika anak semakin membesar perangainya akan ikuti jejak langkah ayahnya pula.

Bukan hanya sekadar tanggung jawab sahaja, tetapi menjadi seorang ayah ini anda perlu banyak bersabar serta kuat staminanya. Mana tidaknya anak-anak anda itu akan mempunyai pelbagai ragam. Tak percaya? Mari ikuti luahan bapa ini.



"Seorang Ayah Kena Banyak Sabar !!

Stamina kena tinggi, kena kuat tahan sakit dan kena bijak kawal emosi. Jangan pula bila di uji sedikit dah mengeluh, terus melenting tak tentu pasal.

Jaga anak ni satu ujian !

Diorang bukan peduli pun kita cakap penat, letih dan nak rehat. Lagi kita cakap penat lagi kuat dia nyak belakang kita.

Di panjatnya la belakang kita, di tumbuk-tumbuk perut kita dan paling dasyat dia suruh kita jadi kuda, dan dia tunggang ala koboi. Yehaa!

Inilah lumrah jadi ayah.. maknya jarang kena, ayah yang selalu kena.



Kalau pinggang tak sakit kepala mesti sakit dulu. Silih berganti sakit pun ada. Tapi tetap juga diorang tak faham, merengek nak main dengan kita.

Tapi sekali kita mengeluh, dan marah anak begini,

" Ayah penat, pergi main sana!! "

Perkataan ni nampak biasa bagi kita tapi ia sebenarnya berbisa di gegendang telinga si anak.

Sakit macam mana pun kita, makan ubat kita boleh baik semula.

Penat macam mana pun kita, rehat sekejap dah kembali segar.

Tapi anak kita boleh "trauma" dan kekal sampai ke tua nanti kalau kerap di tengking, di marah dan di terkah.


Ini kerana pada usia 7 tahun ke bawah 90% otak anak berkembang sepenuhnya. Trauma ini boleh buat perkembangan otak anak tadi terbantut.

Lebih bahaya lagi jika otak reptilia anak dah tersalah anggap dan nampak ayah sebagai "ancaman". Anak boleh memberontak atau jadi terlalu pasif (pendiam).

Bab mental dan emosi anak ni serius. Jangan ambil mudah. Terutama bagi seorang ayah!

Dengan mendengar arahan si ayah anak hanya belajar 20% sahaja dari keseluruhan arahan.

Dengan melihat contoh teladan si ayah anak hanya belajar 30% sahaja dari keseluruhan teladan.

Tapi dengan bermain bersama ayah-anak proses pembelajaran itu jadi 100 peratus.

Bukan sahaja anak jadi lebih bijak IQ dan EQ malah bonding ayah-anak pun semakin akrab.

Lebih baik sakit pinggang, sakit kepala sekarang daripada sakit masa tua nanti anak-anak tak peduli kita."

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen