Antara Vitamin Dalam Makanan Yang Penting Untuk Kesihatan Wanita.

 

Majoriti para wanita masa kini hanya mementingkan kecantikan kulit wajah, daripada kesihatan tubuh badan. Namun, jika untuk kesihatan tubuh badan, ramai dikalangan wanita hanya mengambil jalan mudah dengan pengambilan suplemen tambahan tanpa saranan doktor.

Akan tetapi para wanita perlu tahu bahawa untuk kesihatan tubuh badan, pengambilan 5 vitamin ini sangat digalakkan iaitu…

1. Vitamin A.

Vitamin A mengandungi antioksidan dimana manfaatnya adalah:

  • Menguatkan tulang dan gigi.
  • Mengurangi risiko penyakit kronik.
  • Memperbaiki penglihatan mata.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Memperkuat sistem imun tubuh badan.

Jadi, antara makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah tomato, brokoli, jambu, betik, lobak, apricot dan telur.

Related image

2. Vitamin B2.

Vitamin ini sangat penting untuk diambil kerana ia mengandungi riboflavin dimana jika kurang pengambilannya akan berlaku penurunan metabolism, kurangnya system imun dan gagal fungsi saraf. Manfaatnya adalah:

  • Menyokong pertumbuhan tubuh.
  • Menambahkan tenaga.
  • Mengurangkan tekanan tubuh badan.

 Tanda-tanda berikut menunjukkan bahawa tubuh anda kekurangan vitamin B2:

  • Mata dan lidah pucat.
  • Sakit tekak.
  • Bibir pecah-pecah.
  • Rambut kering.
  • Kulit gatal.

Makanan yang kaya akan vitamin B2: keju, susu, yoghurt, sayuran berdaun, telur, kacang soya dan juga almond.

3. Vitamin C.

Ramai orang menyangkakan dengan pengambilan vitamin C, kulit wajah menjadi berseri dan tampak muda. Akan tetapi sebenarnya Vitamin C adalah untuk menambah kolagen di dalam tubuh badan supaya dapat mempercepatkan proses penyembuhan segala penyakit, bukan untuk kulit semata-mata.

Manfaat yang lain adalah:

  • Membantu pertumbuhan tisu tubuh.
  • Menurunkan risiko kanser.
  • Mengurangi risiko penyakit jantung.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ini adalah: brokoli, kiwi, jeruk, paprika, kentang, strawberi, dan tomato.

Related image

4. Vitamin D.

Kurang pengambilan vitamin D akan menyebabkan tulang anda menjadi lemah. Vitamin ini dapat membantu untuk menyerap kalsium. Sekiranya tiada vitamin yang larut, anda akan mudah menghidap osteoporosis.

Manfaat lain pada vitamin D, adalah:

  • Mengurangkan risiko sklerosis, arthritis dan beberapa jenis kanser
  • Mengurangkan sakit sebelum haid.
  • Melindungi kesihatan mata.

Antara makanan yang kaya dengan vitamin D adalah: ikan berlemak, susu, hati, telur.

5. Vitamin E.

Vitamin E juga banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan wanita terutamanya dalam rawatan kulit dimana ia mengandungi kandungan untuk anti-aging. Di samping itu, ia mampu untuk menguatkan struktur rambut para wanita.

Manfaat vitamin E yang lain adalah:

  • Membasmi kerosakan sel tubuh badan.
  • Mencegah penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
  • Melambatkan proses penuaan.

Antara makanan yang kaya dengan Vitamin E adalah seperti berikut: bayam, kacang almond dan hazelnut, minyak ikan, minyak jagung dan mentega kacang.

Image result for makanan bervitamin

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,874 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen