Sama Tapi Tidak Serupa Ini Perbezaaan Lebel Jangka Hayat Sesuatu Produk Yang Perlu Anda Tahu.

 

Selalunya apabila membeli sesuatu produk makanan, apa yang kita lihat dahulu selain melihat tanda halal yang terdapat pada produk tersebut? Adakah anda melihat jangka hayat produk tersebut ataupun sekadar lihat jenama dan tanda halal sahaja?

Selepas ini, anda perlu jadikan satu rutin di mana sebelum membeli sesuatu produk cuba lihat dahulu jangka hayatnya. Jangan main beli sahaja, tahu-tahu nanti jangka hayat produk tersebut sudah semakin hampir. Maka ia akan berlaku pembaziran kerana produk tersebut masih belum habis lagi, dan anda terpaksa membeli lain.

Jadi untuk elakkan pembaziran berlaku, maka anda perlu menjadi lebih bijak dengan melihat dahulu jangka hayat produk. Bukan itu sahaja, anda juga perlu memahami lebel yang berbeza terhadap jangka hayat produk tersebut.



Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Kami kongsikan 3 label yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BY , & EXPIRY DATE.



Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli .

Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.

Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah .



‘USE BEFORE’ Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.



‘BEST BEFORE’ – masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan.



‘EXPIRY DATE’- selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang.

Selepas ini sebelum beli sesuatu produk, cuba untuk periksa kandungan, tanda halal, jangka hayat produk serta jenamanya. Barulah anda menjadi pengguna yang bijak malah tidak hanya sekadar membazirkan duit sahaja. Anda untung, poket pun tidak terkoyak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen