“Tak Nak Bosan Untuk Menyimpan Wang? Tingkatkan Pendapatan” Ikuti Perkongsian Ini.

 

Asyik simpan sahaja, tetapi tiada usaha mencari duit sampingan.

Jika mahu menyimpan daripada duit gaji, tanpa mencari duit sampingan pasti duit tidak akan bertambah. Mahu melabur takut tersalah langkah, malah nak memulakan langkah pun risau sekiranya tidak mendapat sokongan daripada suami/isteri, atau ahli keluarga.

Sampai bila mahu menyimpan tanpa melabur atau mencari duit sampingan? Pasti satu hari akan berasa bosan juga, jadi ikuti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini…

********

JANGAN SAMPAI BOSAN.

1 - Untuk meningkatkan tabungan kita boleh potong perbelanjaan. Masak bekal, downgrade internet, jimat electric dan memerap kat rumah weekend. Cam dalam gua dan tak berjumpa sesiapa.

Tapi....

2 - Setakat potong belanja berapa yang kita boleh jimat? RM200? RM1,000? RM2,000? Itu pun dah habis perit dah. Life tak happy sebab mencatu itu ini. Akak tahulah sebab akak penah buat cara ni.

3 - Lama kelamaan life tak best. Bosan. Sebab tu akak lebih suka cara kedua iaitu tingkatkan pendapatan. Hidup ini singkat. Seumur hidup berjimat tersangatlah penat.

4 - Bila kita tingkatkan pendapatan lebih mudah. Network pun lebih luas. Kawan lebih ramai. Daripada tukang cuci hinggalah Dato dan Tan Sri. Kita akan mula nampak cara membuat duit dalam pelbagai potensi.

5 - Akak kenal seorang engineer jual beli kereta terpakai sebagai pekerjaan kedua. Sebulan menjana pendapatan geli empat angka.

6 - Ada surirumah sebulan menabung RM5,000 sebab berniaga online dari rumah. Duit geli-geli okay?

7 - Ada anak muda buat grab weekend dan malam, simpan emas sebulan 15 gram. Nilainya? Sekitar RM2,800 sebulan.

8 - Ada yang jadi saudagar emas a.k.a dealer Public Gold membina RM2,500 hingga RM5,000 geli-geli sebulan. Alah... Lima angka pun ada!

9 - Ya... boleh jimat dan potong perbelanjaan. Tak keluar jumpa kawan dan terperap di rumah. Tapi lama kelamaan fikiran pun jadi beku dan hidup jadi sendu.

10 - Lagipun, berapa sangatlah boleh dijimat? Kalau boleh jimat RM1,000 dah cukup perit dah. Tak banyak bukan? #apeni

11 - Tapi dengan pendapatan kedua dan ketiga, tak perlu jimat lagi. Sebab membina empat lima angka tak susah jika rajin berusaha.

12 - Strategi perlulah ada. Berkawan dengan rakan yang betul. Tak apa nak kekalkan perbelanjaan seperti biasa, namun pendapatan kedua dan ketiga janalah minimum empat angka.

13 - Hasil pendapatan geli-geli nak buat apa? 50% menabung di cabang emas agar tak bocor, 25% di akaun tabungan lain dan lagi 25% untuk tabung hiburan keluarga.

Hidup ini singkat. Berusahalah dengan cara yang lebih pintar dan jumpa kawan. Nikmati kehidupan. Nak jimat bolehlah. Tapi JANGAN SAMPAI BOSAN.

Nak mula simpanan akaun emas pertama dan sertai team menabung emas bersama kami?

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen