Betulke Teh Hijau Dapat Menurunkan Berat Badan? Ikuti Perkongsian Dari Dr Rafidah.

 

Dalam berkejar-kejar untuk menurunkan berat badan, apa sahaja info yang terdapat di laman sosial media pasti akan menjadi ikutan. Walaupun tidak mengetahui kandungan sebenar dalam sesuatu produk, pasti akan mudah terpengaruh, asalkan dapat KURUS dan CANTIK.

Akan tetapi selain daripada bahan semula jadi untuk dijadikan sebagai diet pemakanan, ada juga produk yang menggunakan bahan-bahan makanan tersebut sebagai ekstrak dalam sesuatu produk, dan kononnya menjamin ia sangat berkesan.

Akan tetapi sejauh mana bahan yang sudah diekstrak itu berkesan?

Malah, adakah bahan semula jadi juga memberi kesan yang maksimum dalam menurunkan berat badan seperti Teh Hijau? Jom ikuti perkongsian dari Dr Rafidah

********

Image may contain: 1 person, smiling, standing

TEH HIJAU KURUSKAN ANDA, TANPA JAGA PEMAKANAN & SENAMAN?

Jawapannya mengarut.

Kalau ada pun, SANGAT SEDIKIT kesannya. Tak payahlah buang duit.

Terutamanya di Malaysia ini, entah apa bahan di campur kan ke dalam produk tersebut.

Saya serta kan kajian yang telah diterbitkan oleh Cochrane review. Kajian jenis systematic review adalah yang terbaik; menggabungkan kesemua kajian yang ada, menganalisa setiap satu terutamanya kualiti setiap kajian. Kesimpulan akan dilakukan setelah kesemuanya diteliti dan di analisa. Bukan suka-suki macam apa yang jurujual kata ya. Petik google, petik majalah.

No photo description available.

Kami tak main google. Banyak fakta mengarut di situ. Kalau nak sangat google, mohon guna google scholar. Akan keluar artikel yang berilmiah sedikit.

Image may contain: text

Jadi, mengikut keputusan systematic review ini: dalam 1030 orang yang mengambil green tea, pengurangan berat badan hanya antara -3.5 hingga -0.2kg sahaja. Itupun paling kurang waktu kajian 3 bulan.

Image may contain: text

Ya. TIGA BULAN.

Jadi, mana-mana jurujual kata kurang 10kg dalam seminggu itu nampak sangat MENGARUT. Tidak ada teh hijau atau apa-apa produk pun yang boleh ada efek begitu KECUALI ada bahan lain yang di campur bersamanya. Antara yang selalu di campur (terutamanya dalam produk) untuk mendapat efek kurus cepat adalah bahan dinamakan SIBUTRAMINE. Dah banyak dah produk didapati campuran ini.

Image may contain: text

Jadi, kesimpulannya jika ada yang jual kepada anda produk bagi kurus, mohon hati-hati.

Ianya adalah MENGARUT. Tak payahlah nak risikokan nyawa anda mengambil produk yang tidak ada efek pun. Pakai kasut, pergi jalan-jalan beriadah diluar rumah tu.

Takkan dah menelan makanan sedap lebih 20 tahun, nak kurus dalam seminggu?

Lemak pun dah tepu dah.

Praktik gaya hidup sihat.

Jom kurus dengan cara sihat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen